Ahad, 9 Mei 2010

MENJAGA URUSAN BATIN

MENJAGA URUSAN BATIN
Posted by ABJAD MALAYSIA on January 18, 2010 at 2:39am
Send Message View ABJAD MALAYSIA's blog
(Kisah Orang-Orang Soleh)

Sekumpulan ulama Feqah mendengar khabar terdapat seorang guru yang alim di sebuah kampung terpencil. Sebenarnya, tuan guru berkenaan akan guru makrifat lagi kasyaf.

Lalu sepakatlah pada suatu hari, kumpulan fuqaha’ untuk menziarahinya kerana ingin mendapat berkat dan ingin mengetahui sejauh manakan kealiman tuan guru ini. Sesampainya di sana, mereka diperlawa masuk dan disambut dengan gembira oleh tuan guru tersebut.

Apabila masuk waktu solat, maka kesemua orang berkumpul di masjid untuk mengerjakan solat berjemaah. Tuan guru itu menjadi imam dan orang-orang lain termasuk rombongan Fuqaha’menjadi makmum.

Apabila tuan guru itu membaca Fatihah dan surah, timbullah keraguan di hati beberapa orang ahli rombongan Fuqaha’ kerana tuan guru itu tidak fasih dalam menyebutkan huruf-huruf Al-Qurán.

“Katanya alim, tetapi baca Al-Qurán pun tak betul.” Begitulah yang terlintas di hati sesetengah ahli feqah itu.

Apabila tiba waktu malam, mereka tidur di tempat tuan guru itu. Dengan takdir Allah SWT, kesemua ahli feqah itu ihtilam (bermimpi sehingga mengeluarkan air mani), maka junublah kesemuanya. Maka pada malam itu juga, mereka keluar untuk mandi junub di sebuah kolam. Mereka menanggalkan pakaian masing-masing dan dilonggokkan di suatu tempat, lalu turun ke dalam kolam yang sejuk itu.

Tiba-tiba muncul seekor singa menghampiri koma lalu duduk di tempat longgokan pakaian mereka. Mereka sangat terkejut dan takut. Malangnya singa itu tidak mahu berganjak dari tempatnya. Akibatnya, mereka terus berendam dalam air kerana takutkan singa tersebut walaupun gementar kerana sejuk.

Kemudian datanglah tuan guru ke tepi kolam melihat keadaan mereka. Seolah-olah beliau mengetahui ada yang tidak kena kepada tetamunya itu.

“Masya Allah, baju kamu ditunggu singa.” Kata tuan guru seraya menghampiri singa itu dan dipegangnya dan ditarik telingan singa berkenaan dan berkata : “Aku cakap jangan ganggu tetamuku. Faham!”

Maka larilah singa itu sambil mengibas-ngibaskan ekornya. Semua tetamu Fuqaha’ yang sudah kesejukan pun naik dan memakai pakaian masing-masing. Mereka kagum akan kekeramatan tuan guru berkenaan.

“Engkau asyik menyibuk dengan urusan zahir sahaja sehingga engkau takutkan singa itu. Sedangkan aku sibuk engan memperbetulkan urusan batin, sehingga singa itu takut kepadaku.” Kata tuan guru itu.

Mendengarkan kenyataan itu, mereka semua tertunduk malu kerana disindir oleh tuan guru berkenaan yang kasyaf dan mengetahui apa yang terlintas di hati fuqaha’ semasa solat berjemaah tadi. Mereka pun memohon maaf kepada tuan guru berkenaan dan mengaku apa yang terkandung di hati masing-masing.

Wallahu-a’lam bissawwab....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan