Selasa, 6 April 2010

PENJAJAHAN KUFFAR KE ALAM MELAYU


Kemakmuran Melayu Islam termasuk Zaman Kesultanan Melaka, Perlak Pasai, Deli dan seluruh Nusantara yang dikecapi akhirnya musnah disebabkan percakaran sesama sendiri yang juga telah memudahkan lagi serangan serta penjajahan Belanda, Portugis dan Inggeris ke atas Nusantara selepas Siam dan China tidak campurtangan lagi.

Penjajah akhirnya memusnahkan dan merungkai-rungkaikan akar umbi kekuatan Melayu Islam dengan memisahkan maksud bangsa dan agamanya dan menggantikannya dengan faham sekular. Akibatnya, tercetuslah pelbagai pertengkaran dan perselisihan faham dalam agama, bangsa dan siasah yang menjadikan umat manusia rata-rata :

a) cintakan dunia dan takutkan mati (Al-Wahan),
b) berbangga dengan maksiat dan budaya kuning,,
c) berfahaman ajaran sesat,
d) salah faham terhadap agama,
e) pergaduhan antara kaum dan agama,
f) pengaruh isme yang membahayakan,
g) kepercayaan karut lagi harut marut, bidaah, syirik dsb.
h) menjadi mudah gugur imannya dan lain-lain

Penjajah juga telah menanam kefahaman anti Islam sehingga berjaya merosakkan kemurnian Islam di Indonesia dengan terbunuhnya sekumpulan Ahlul Bayt dan Ulama Warisatul Anbia sekitar tahun 1940-an

Selain itu, mengikut satu laman web (lihat rujukan), penjajah telah banyak melarikan kitab-kitab agama termasuk sejarah Nusantara selepas zaman penjajahan kerana dipercayai akan memberikan kekuatan kepada bangsa Melayu Islam untuk bangkit kembali.

Kenapa penjajah melakukan sedemikian rupa terhadap Melayu Islam?

Jawapannya ialah penjajah ketika itu rata-rata berpayungkan satu fahaman sesat Yahudi dari Kumpulan Illuminati/New World Order (berlambangkan mata Horus/Osiris – iaitu Mata Dajjal) yang dipecahkan kepada 2 kumpulan iaitu Priory of Psion (Zionis) dan Opus Dei (juga berperang sesama sendiri kerana kefahaman yang berbeza terhadap Nabi Isa a.s.).

Salah satu kesimpulan dari misi Zionis yang tercatat (secara simbolik) dalam Protocol of Zion ialah untuk

“Memusnahkan agama samawi (Islam) yang dbawa oleh keturunan Nabi (Ahlul Bayt), Raja-Raja serta diwarisi oleh Ulama Warisatul Anbia (yang dianggap Zionis sebagai agama palsu)”

Zionis sangat takut kepada kewujudan Imam Al-Mahdi, Pemimpin Islam dari kalangan Ahlul Bayt dan Ulama Warisatul Anbia yang akan memusnahkan mereka.

Peperangan memusnahkan Islam telah bermula dengan terbunuhnya ahlul bayt keturunan Rasulullah SAW dan akan terus berlarutan sehingga kini (Krisis Timur Tengah yang tidak kehabisan) sehinggalah kemuncak - timbulnya kumpulan Yahudi Isfahan di akhir zaman yang dipimpin oleh Al Masihi Dajjal Laknatullah bagi memerangi Imam Al-Mahdi.

Antara tanda-tanda yang ada dahulu ialah apabila Inggeris melabelkan pahlawan Melayu Islam (Tok Janggut, Mat Kilau, Datuk Bahaman dll) sebagai Pemberontak (rebel) dan tanda-tanda yang ada kini ialah apabila Barat melabelkan Islam sebagai Pengganas (terrorist) – Dua panggilan yang berbeza tetapi membawa satu maksud yang sama. Rata-rata di Internet didapati kumpulan Zionist telah mula melabelkan Imam Al-Mahdi sebagai ‘Terrorist Islam’ terbesar dunia.

Kini kumpulan Illuminati diketuai oleh Black Pope, Count Kolvenbach (The Jesuit) dan dibantu oleh satu kumpulan elit baru zionist dunia yang dikenali sebagai kumpulan Bilderberg. Pelbagai cara dilakukan (termasuk menggunakan teknologi) untuk merosakkan minda dan aqidah orang-orang Islam.


--------------------

Kebangkitan pertama yang direkodkan menentang penjajah dan faham Zionist serta usaha menaikkan kembali kegemilangan Islam itu Melayu dan Melayu itu Islam telah bermula sebelum 1940an. Gerakan yang memimpin ulama dan ahlul bait (berpaksikan Dua Kalimah Syahadah) telah dipelopori oleh Ulama Terkenal Nusantara iaitu :

a) Ulama Jawi Anak Melayu Negeri Kelantan Darulnaim/Tuan Guru Pondok Atas Banggol - Kota Bharu Kelantan iaitu :

Maulana Syeikh Wan Ahmad bin Syeikh Wan Mohammad Zain bin Dato Panglima Kaya Syeikh Wan Mustafa bin Syeikh Wan Mohammad bin Syeikh Wan Mohammad Zainal Abidin (Fakih Wan Musa Al-Jambusi As-Sanawi Al-Fatani),

telah dilantik menjadi Ulama besar Masjidil Haram, Mufti Tarim Kerajaan Othmaniah Turki (yang dilantik oleh Sultan Abdul Hamid Turki ketika itu) dan juga Kerajaan Melayu Islam Asia Tenggara. Ulama besar ini (juga guru kepada Syeikh Yusof Kenali – Tok Kenali) juga telah membuat satu himpunan raksaksa Ahli Jawi Melayu Asal Bangsa Kebangsaan Pegang Teguh Agama islam di Madrasah Darul Ulum Makkatul Mukarramah yang dihadiri lebih lima ribu ulama Nusantara,

(Di dalam Kitab Hadiqatul Azhar War Rayaihin Edisi Bahasa Arab, Syeikh Wan Ahmad Fathani telah berdoa - maksudnya "Ya Allah, perkuatkanlah orang-orang Islam Melayu atas bangsa-bangsa kafir dan kembalikanlah negeri-negeri kami kepada kami, perkenankanlah Ya Allah, Ya Rabbal 'Aalamiin

b) Syeikh Abdul Rahman Fathani - seorang lagi Ulama Besar juga seorang guru di Masjidil Haram/Makkatul Mukarramah dilantik menjadi Duta Besar Islam Melayu Markaz Serambi Mekah berpusat di Pondok Atas Banggol, Kota Bharu, Kelantan Darulnaim

Perjuangan kemudian diteruskan oleh Al-Allamah Tuan Guru Maulana Syeikh Yusof Al-Kenali (Tok Kenali).


Mengikut satu laman web :

Tok Kenali sejak dari usia yang muda lagi meminati pembacaan dan menaruh pandangan yang begitu tinggi terhadap tugas-tugas penulisan serta peranan majalah-majalah dan akhbar-akhbar sebagai media-massa yang berpengaruh untuk menyatupadukan umat Melayu Islam . Atas kesedaran itulah beliau tampil mempelopori usaha memimpin majalah ‘Pengasoh’ yang diterbitkan oleh Majlis Agama Islam Kelantan walaupun beliau terbeban dengan tugas-tugas besar yang lain. Ini dapat diperhatikan dalam tulisannya dalam keluaran pertama majalah ‘Pengasoh’ :

“ Telah mengakulah saya bahawa saya ini tiada daripada medan kuda ini. Sekiranya jika ada orang yang mengenangkan pekerjaan saya ini berhentilah saya, kerana bukan tujuannya saya hendak menunjukkan kebijakan dan mencari kepujian, kerana adalah orang yang mengarang itu jadi kikit bagi sekelian penembak. Jika tidak ia pejam matanya, nescaya mati ia kerana dukacita, tetapi tatkala adalah yang dituntut daripada sesorang itu manfaatnya atau mudharatnya, beranilah saya menceburkan diri dalam lautan api yang sentiasa bernyala-nyala. Selama ada angin yang baik itu tiadalah puas hati saya mati sebelum saya lihat perubahan yang baru lagi elok ……..

Tatkala saya ketahui bahawasanya tiada ada orang yang boleh jadi utusan yang usaha pada menghimpunkan antara anak-anak Melayu kita ini, maka cintalah saya dengan harapan bahawa diadakan pada tiap-tiap sebuah negeri di dalam Semenajung Tanah Melayu kita ini sekurang-kurangnya satu suratkhabar yang dipunya oleh anak-anak negeri sendiri supaya menepati ia utusan yang bijaksana menyeru kepada bersekutu dan bersatu pada tiap-tiap pekerjaan yang mendatangkan muslihat bagi watan, bangsa dan agama ………….

Cuba engkau tilik cerah matahari kelebihan orang yang telah dapat kemenangan kerana amalan yang kebajikan dan pandangan kelam orang yang telah jatuh kerana amalan yang kejahatan , maka disitulah ‘Pengasoh’ bertimpus membedakkan sekelian yang hadir dengan bedak pengharapan , mudah-mudahan subur sekelian dengan darah dan daging yang boleh menghadamkan tanahair dan menunjukkan kepada raja."


Perjuangan memertabatkan Melayu Islam dipelopori pula oleh muridnya Tuan Guru Haji Mahmud Nasri Osmani dan tokoh-tokoh ulama berikut :

1) Tuan Guru Syeikh Umar Zuhdi Soleh - Madrasah Misbah Al-Falah, Banggol Berangan,
2) Tuan Guru Syeikh Othman Yunusi - Madrasah An-Nadhoh, Bukit Besar,
3) Tuan Guru Syeikh Abdul Aziz Ibrahim - Madrasah Al-Islah, Pendang, dan
4) Tuan Guru Syeikh Ramli Senik - Pondok Batu Hampar, Pendang

(Selain itu, tokoh politik Dato' Onn bin Jaafar juga turut berjuang menerusi PEKEMBER)

Resolusi telah tercapai semasa muqabalah tokoh-tokoh Ulama ini antara lain untuk menyeru umat Islam Melayu segera kembali tajdid mewarisi semula segala ilmu dan amalan hidup/kehidupan yang diwarisi dari Rasulullah S.A.W. (bersanad yang sah) menerusi talqin dua kalimah syahadah bagi membersihkan jiwa raga dari segala bentuk kekufuran, kesyirikan dan keengkaran yang telah lama merosakkan aqidah umat Islam Melayu hasil peninggalan penjajahan.

Kini, perjuangan ini telah diwariskan oleh Persatuan Warga Melayu Malaysia,Yayasan Angkatan Bina Jati Diri dan Pertubuhan Gerak Seni Silat Abjad (Asli) Jabat Kilat Malaysia menerusi satu resolusi muzakarah ulung Warga Melayu pada 12 Rabiul Awal 1429 Hijrah bersamaan 20 Mac 2008 Masihi yang diadakan di Pusat Pengajian Assalam, No. 25, Persiaran Seroja 1/1, Bandar Amanjaya 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan