Selasa, 18 Januari 2011

Kantan

PENGENALAN

Kantan (Phaecomeria speciosa) ialah sejenis tanaman yang boleh digolongkan sebagai ulam perasa dan pembuka selera. Tanaman ini dipercayai berasal dari Malaysia dan didapati tumbuh meliar ataupun ditanam di kawasan-kawasan tropika. Tujuan utama dimasukkan bunga kantan ke dalam masakan ialah untuk membangkitkan bau dan rasa masakan tersebut. Biasanya bunga kantan yang belum kembang dicampur ke dalam masakan sama ada secara mentah atau dimasak. Bunga kantan mengandungi sedikit Vitamin A, B, C dan zat-zat galian.

KEADAAN POKOK

Pokok kantan ialah pokok herba jenis tinggi yang boleh tumbuh membiak dan merimbun berkelompok. Tinggi pokok boleh mencapai sederhana 4m atau 5m. Batangnya bulat. Daunnya panjang sederhana besar dan berwarna kehijauan. Terdapat dua jenis sulur yang akan keluar dari rizom atau ubi iaitu sulur yang akan mengeluarkan bunga dan satu lagi akan mengeluarkan daun. Bunga kantan bewarna merah jambu dan mempunyai aroma yang kuat tumbuh pada batang yang berasingan daripada daunnya. Setiap batang hanya sekuntum bunga dikeluarkan.

KHASIAT DAN KEGUNAAN

Boleh dikatakan tiap-tiap bahagian pokok kantan mempunyai khasiat dan kegunaannya. Sebagaimana yang diketahui, bunga kantan ialah satu campuran penting dalam laksana dan nasi ulam. Tanpa bunga kantan, kurang lengkap dan kurang enak rasa laksa serta nasi ulam tersebut. Selain daripada itu, bahagian-bahagian yang mempunyai kegunaan dan khasiat ialah:-

Batang:

Boleh digunakan untuk mengubati penyakit bengkak.

Buah:

Boleh digunakan untuk mengubati kurang selera makan.

Ubi:

Boleh dicampurkan dalam makanan.

KEPERLUAN TANAMAN

Pokok kantan memerlukan tanah yang lembab dan subur iaitu yang mengandungi banyak humas. Ia hidup subur di kawasan-kawasan teduh. Oleh itu ia memerlukan sedikit lindungan, biasanya daripada pokok-pokok yang berhampiran. Di negara kita pokok-pokok kantan banyak terdapat di tepi-tepi sungai.

PENANAMAN

Pokok kantan boleh boleh ditanam dengan menggunakan rizom (ubi) atau biji benih. Jarak yang sesuai antara satu pokok dengan pokok yang lain ialah 1 meter hingga 2 meter.

MEMUNGUT HASIL

Hanya setahun atau lebih selepas ditanam, pokok kantan mula berbunga dan berbuah. Selalunya bunga-bunga kantan yang belum kembang dipungut dengan memotong di bahagian pangkal batang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan