Ahad, 20 Jun 2010

TAWHEED WATCH

AHAD

ABJAD JABAT KILAT [ASLI]
MALAYSIA
P.K.2090



ABJAD INTERNATIONAL
INTERNATIONAL ABJADSTART THINKING BIG!
PANDANG GLOBAL BERGERAK SATU UMAT!


GERAK ITU ALAMATNYA HIDUP,DAN DIAM ITU ALAMATNYA MATI
MAJU PUJI UNDUR KEJI

SERUAN

Wahai saudara-saudara kaum muslimin muslimat mukminin mukminat, kecil besar,tua muda, berpangkat atau awam, ahli-ahli ilmu, ahli-ahli jampian, ahli-ahli aurad, ahlli-ahli pertapaan, ahli-ahli uzlah, ahli-ahli tarikat, ahli-ahli hikmat kebathinan, ahli-ahli hulubalang, ahli-ahli langkahan jasmani,...marilah sama-sama kita kembali ke hadhrat Allah, marilah kita sama-sama mentauhidkan Zat Allah, Sifat Allah, Asma’ Allah dan Af’al Allah serentak melalui lidah, anggota dan hati di semua tempat, semua waktu dan semua masa.

Gerak alamat hidup, diam alamat mati. Oleh itu bergerak oleh sekalian kamu hulubalang Allah, seumpama mereka mereka yang kuat, gagah dan teguh selama-lamanya di dunia dan di akhirat walau menghadapi seribu satu ujian, seribu satu bebenan, seribu satu bala,dihalang seribu satu halangan dan di cabar seribu satu cabaran.

”........pegang bara biar sampai jadi abu, alang-alang seluk perkasam biar sampai kepangkal lengan, mara terus mara jangan berundur ke belakang, mara puji berundur keji, bujur lalu melintang patah, tumbuh hilang berganti. Allahu’akhbar ! Allahu’akhbar! Allahu’akhbar.........!”

---------------------

Jampian Amalan Pusaka Khalifah Wali (Hizbu Harakiyah Ikhwan Ahli Sunnah Wal Jamaah) ABJAD SYATHARIAH TOK KENALI MAKKAH KELANTANI

Jabat 14
1. Titik yang pertama dijadikan Arruh ‘Ulum Azmi, Rasulullah, Nuh, Ibrahim, Musa dan Isa A.S.
2. Titik yang kedua dijadikan Arruh setiap Rasul, Nabi dan Jibril di atas
3. Titik yang ketiga dijadikan ruh Aulia’ yang sifat mereka seperti berikut;
a. Benar-benar ‘arif dengan Allah.
b. Sentisa di dalam keadaan taat.yang.
c. Menjauhi sesuatu menuju ke arah derhaka kepada Allah.
d. Tiada merasai keinginan sesuatu yang membawa kepada kelazatan kecuali
4. Titik yang keempat dijadikan ruh Siddiq yang menuju ke arah menjadi Syeikh yang boleh memandang ke arah batin murid yakni kehendak murid didalam hatinya.
5. Titik yang kelima dijadikan Ruhul Uzlah yang berupa di dalam keadaan latihan bagi menuju ke arah peringkat Syeikh.
6. Titik yang keenam dijadikan ruh ’Abid yang boleh berjangkit kepada masyarakat untuk menuju ke arah kehebatan yang sebenar.
7. Titik yang ketujuh dijadkan ruh Mukmin yang merupakan membawa untuk menuju ke arah pengakuan yang sebenar dan Kamil di dalam hati yakni fuad.
8. Titik yang kelapan dijadikan ruh Islam yang merupakan kesanggupan untuk melahirkan kepada masyarakat terhadap syariat Allah dan RasulNya yang diistilahkan jantung yakni Qalbu.
9. Titik yang kesembilan dijadikan ruh kafir yang berartikata perkataan yang luas.
10. Titik yang kesepuluh dijadikan matahari, bulan dan bintang untuk menyusun kebaikan dan panduan keseluruhan seisi bumi dengan secara beradat.
11. Titik yang kesebelas dijadikan binatang tyang merupakan untuk menafaat dan pemikiran yang mendorong kepada kepatuhan terhadap peraturan Allah.
12. Titik yang kedua belas dijadikan tumbuhan untuk menafaat dan pemikiran yang melogikkan kehidupan yang sempurna.
13. Titik yang ketiga belas dijadikan bumi yang merupakan kesanggupan untuk menanggung sesuatu yang ditugaskan kepadaNya.
14. . Titik yang keempat belas dijadikan bukit yang merupakan tidak berganjak kepada apa sesuatu yang diperintahkan kepadaNy

-------------------

Jabat
Dari Syaahil Hamid Ramadhan
Antara Jabat2 yang di ketahui dan tidak di ketahui sebanyak bilangan Surah Di dalam Al Qur'an dan ibu kepada sekalian jabat ialah surah Al Fatihah kerana ia wajib dibaca dan dijaga oleh setiap mukallaf, manakala Ibu kepada jabat pula ialah kifiat adab atau bi kaa na maa kaana, wabi yakun na maa yakun atau titik pada menyatakan Ba' (Rujuk Kitab masalah 1000 atau kitab jawahirul mauhub karangan syeikh wan ali kutan) Namun untuk mendapatkan ini semua ialah berada pada kuncinya pulak iaitu menerima baiah 2 kalimah syahadah serentak memfardhukan agama Islam keatas diri di atas sekalian maknanya dan juzuk2 nya sebagai tapak asas di dalam menerima kebenaran dan memenifistasikan kebenaran yang dikurniakan Allah s.n.w melalui lidah, anggota dan Hati RasulNya Muhammad s.a.w. Wallhu Taala a'lam.

Ahad, 9 Mei 2010

MENJAGA URUSAN BATIN

MENJAGA URUSAN BATIN
Posted by ABJAD MALAYSIA on January 18, 2010 at 2:39am
Send Message View ABJAD MALAYSIA's blog
(Kisah Orang-Orang Soleh)

Sekumpulan ulama Feqah mendengar khabar terdapat seorang guru yang alim di sebuah kampung terpencil. Sebenarnya, tuan guru berkenaan akan guru makrifat lagi kasyaf.

Lalu sepakatlah pada suatu hari, kumpulan fuqaha’ untuk menziarahinya kerana ingin mendapat berkat dan ingin mengetahui sejauh manakan kealiman tuan guru ini. Sesampainya di sana, mereka diperlawa masuk dan disambut dengan gembira oleh tuan guru tersebut.

Apabila masuk waktu solat, maka kesemua orang berkumpul di masjid untuk mengerjakan solat berjemaah. Tuan guru itu menjadi imam dan orang-orang lain termasuk rombongan Fuqaha’menjadi makmum.

Apabila tuan guru itu membaca Fatihah dan surah, timbullah keraguan di hati beberapa orang ahli rombongan Fuqaha’ kerana tuan guru itu tidak fasih dalam menyebutkan huruf-huruf Al-Qurán.

“Katanya alim, tetapi baca Al-Qurán pun tak betul.” Begitulah yang terlintas di hati sesetengah ahli feqah itu.

Apabila tiba waktu malam, mereka tidur di tempat tuan guru itu. Dengan takdir Allah SWT, kesemua ahli feqah itu ihtilam (bermimpi sehingga mengeluarkan air mani), maka junublah kesemuanya. Maka pada malam itu juga, mereka keluar untuk mandi junub di sebuah kolam. Mereka menanggalkan pakaian masing-masing dan dilonggokkan di suatu tempat, lalu turun ke dalam kolam yang sejuk itu.

Tiba-tiba muncul seekor singa menghampiri koma lalu duduk di tempat longgokan pakaian mereka. Mereka sangat terkejut dan takut. Malangnya singa itu tidak mahu berganjak dari tempatnya. Akibatnya, mereka terus berendam dalam air kerana takutkan singa tersebut walaupun gementar kerana sejuk.

Kemudian datanglah tuan guru ke tepi kolam melihat keadaan mereka. Seolah-olah beliau mengetahui ada yang tidak kena kepada tetamunya itu.

“Masya Allah, baju kamu ditunggu singa.” Kata tuan guru seraya menghampiri singa itu dan dipegangnya dan ditarik telingan singa berkenaan dan berkata : “Aku cakap jangan ganggu tetamuku. Faham!”

Maka larilah singa itu sambil mengibas-ngibaskan ekornya. Semua tetamu Fuqaha’ yang sudah kesejukan pun naik dan memakai pakaian masing-masing. Mereka kagum akan kekeramatan tuan guru berkenaan.

“Engkau asyik menyibuk dengan urusan zahir sahaja sehingga engkau takutkan singa itu. Sedangkan aku sibuk engan memperbetulkan urusan batin, sehingga singa itu takut kepadaku.” Kata tuan guru itu.

Mendengarkan kenyataan itu, mereka semua tertunduk malu kerana disindir oleh tuan guru berkenaan yang kasyaf dan mengetahui apa yang terlintas di hati fuqaha’ semasa solat berjemaah tadi. Mereka pun memohon maaf kepada tuan guru berkenaan dan mengaku apa yang terkandung di hati masing-masing.

Wallahu-a’lam bissawwab....

WALI WAFAT DI HADAPAN PARA WALI

WALI WAFAT DI HADAPAN PARA WALI
Posted by ABJAD MALAYSIA on January 18, 2010 at 2:38am
Send Message View ABJAD MALAYSIA's blog
(Pengalaman Soleh Al-Mari)

Ada seorang wali Allah bernama Abu Jahir telah keluar dari negerinya dan tinggal di sebuah tempat yang jauh dari kampung asal bersama isteri dan keluarganya yang lain. Di tempat baru ini, dia telah mendirikan sebuah masji dan beribadah di situ dengan tekun dan tenang. Beliau sentiasa dikunjungi oleh orang yang ingin belajar dan mendalami jalan menuju Allah SWT.

Pada suatu hari seorang wali Allah yang lain bernama Soleh Al-Mari berazam untuk menziarahi Abu Jahir untuk mendapatkan barakah dari beliau. Maka pada hari yang telah ditetapkan, berangkatlah Soleh menuju negeri tempat tinggalnya Abu Jahir. Di tengah perjalanan, beliau bertemu dengan Muhammad bin Wasi’, kenalannya yang juga seorang Wali Allah.

“Assalaamuálaikum.” kata Soleh.

“Waálaikumussalaam warahmatuLlah” jawab Muhammad bin Wasi’

Kedua wali Allah ini pun berpelukan sambil bertanyakan khabar masing-masing dan berbual mengenai masalah kesufian.

“Engkau hendak pergi ke mana?” tanya Muhammad.

“Aku hendak menziarahi rumah Abu Jahir”

“Ke rumah Abu Jahir?”

“Ya, betul”

“Masya Allah, aku juga hendak pergi bersama.”

Kedua-duanya pun berangkat menuju ke tempat tinggal Abu Jahir dan setelah berjalan beberapa batu, mereka bertemu dengan seorang lagi Wali Allah bernama Hubaibul Ajami. Mereka bersalaman dan bertanyakan khabar.

“Hendak ke mana anda berdua ini?” tanya Hubaibul Ajami.

“Kami hendak menziarahi rumah Abu Jahir”

“Aku juga dalam perjalanan ke sana”

“Kalau begitu eloklah kita pergi bersama”

Mereka meneruskan perjalanan dalam keadaan yang sungguh menggembirakan kerana bilangan mereka semakin ramai. Setelah sampai di suatu tempat, tiba-tiba mereka berjumpa dengan Malik bin Dinar, seorang wali Allah yang masyhur. Mereka bersalaman.

“Hendak pergi ke manakah kamu ini?” tanya Malik bin Dinar.

“Kami hendak menziarahi rumah Abu Jahir”

“Subhanallah, aku juga sedang menuju ke sana.”

“Kalau begitu, kita pergi bersama.”

Sekarang mereka menjadi berempat dengan tujuan yang sama. Dengan kuasa Allah SWT, di tengah perjalanan, mereka berjumpa seorang lagi rakan Wali Allah yang bernama Thabit Al-Bannani. Mereka pun bersalaman dan saling bertanyakan khabar.

“Kamu hendak ke mana?” tanya Thabit.

“Kami hendak menziarahi rumah Abu Jahir”

“Masya Allah, saya juga akan ke sana.”

“Kalau begitu, kita pergi bersama.”

“Segala puji-pujian bagi Allah sWT yang telah mengumpulkan kita dan pergi bersama-sama walaupun tanpa perjanjian” kata Thabit Al-Bannani

Berjalanlah kelima-lima Wali Allah berkenaan menuju rumah Abu Jahir. Sepanjang perjalanan, mereka tidak putus-putus memuji dan bersyukur ke hadhirat Allah SWT justeru mengurniakan peluang berjalan bersama menuju ke rumah WaliNya. Tidak satu pun ucapan yang keluar dari mulut mereka melainkan perkataan yang mendatangkan manfaat.

Setelah berjalan beberapa lama, mereka singgah di suatu tempat untuk berehat dan solat.

“Marilah kita solat dua rakaat di sini, agar tempat ini ikut menjadi saksi esok di hari Kiamat di hadapan Allah Azza Wajalla” kata Thabit Al-Bannani

“Satu cadangan yang baik” sahut yang lain.

Lalu mereka mengerjakan solat bersama-sama dengan penuh khusyuk dan tawadduk. Setelah menunaikan solat, mereka berdoa untuk kepentingan umat Islam sekeliannya untuk di dunia dan di akhirat. Kemudian mereka meneruskan perjalanan dan akhirnya tiba di rumah Abu Jahir.

Terasa kedamaian pada mereka apabila terpandang rumah dan masjid yang didirikan oleh Abu Jahir. Namun mereka tidak terburu-buru mengetuk pintu atau minta izin untuk masuk demi menjaga peradaban Wali Allah. Mereka pun duduk di masjid menunggu Abu Jahir keluar untuk solat. Tidak berapa lama kemudia, waktu Zohor pun masuk. Maka keluarlah Abu Jahir tanpa bercakap apa-apa sebaliknya terus masuk ke masjid, berazan, iqamah dan solat. Kelima-lima tetamunya yang mulia itu solat berjemaah berimamkan Abu Jahir.

Selepas solat, barulah mereka menemui Abu Jahir satu persatu. Mula-mula sekali Muhammad bin Wasi’.

“Assalaamuálaikum” kata Muhammad

“Waálaikumussalaam” jawab Abu Jahir disambung dengan pertanyaan “Anda ini siapa?”

“Saya saudaramu Muhammad bin Wasi’ “

“O...Kalau begitu andalah orang Basrah yang terkenal paling bagus solatnya itu kan?”

Muhammad diam tanpa berkata apa-apa.

Kemudian, Thabit Al-Bannani maju ke hadapan.

“Siapakah anda ini?” tanya Abu Jahir

“Saya saudaramu Thabit Al-Bannani”

“O...Kalau begitu kamu yang dikatakan sebagai orang Basrah yang paling banyak solatnya itu kan?” Tanya Abu Zahir.

Thabit juga diam tanpa berkata apa-apa.

Tiba pula giliran Malik bin Dinar.

“Siapakah anda ini?” tanya Abu Jahir

“Saya saudaramu Malik bin Dinar” jawabnya.

“Masya Allah, jadi kamulah yang termasyhur sebagai orang yang paling zuhud di kalangan penduduk Basrah, bukan?”

Malik juga tidak berkata apa-apa. Kemudian Hubaib Al-Ajami menemui Abu Jahir.

“Anda ini siapa?” tanya Abu Jahir

“Saya adalah saudaramu Hubaib Al-Ajami”

“Masya Allah, kalau begitu andalah yang terkenal di kalangan penduduk Basrah sebagai orang yang mustajab doanya” kata Abu Jahir

Seperti yang lain, Hubaib mendiamkan diri. Akhirnya tiba giliran Soleh Al-Mari maju ke hadapan untuk memperkenalkan dirinya.

“Anda pula siapa?” tanya Abu Jahir.

“Saya saudaramu Soleh Al-Mari” jawabnya.

“Subhanallah, kalau begitu andalah yang terkenal di kalangan penduduk Basrah sebagai qari yang fasih dan bagus suaranya.”

Soleh juga tidak mengeluarkan apa-apa komen.

Abu Jahir bertafakur sebentar seperti mengenangkan sesuatu.

“Aku sebenarnya sangat rindu dan ingin mendengar suaramu wahai saudaraku” kata Abu Jahir. “Oleh itu, aku suka engkau bacakan empat atau lima ayat Al-Qurán kerana aku ingin sangat mendengarnya.”

Soleh memenui permintaannya lalu dia membuka Al-Qurán dan membaca Surah Al-Furqan : Ayat 22 yang bermaksud :

“Pada hari mereka melihat malaikat di hari itu tidak ada khabar gembira bagi orang-orang yang berdosa dan mereka berkata “Hijraan mahjuuraa” Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan lalu kami jadikan amal itu debu yang berterbangan”

Sebaik sahaja mendengar bacaan ‘debu yang berterbangan’, Abu Jahir berteriak kuat sehingga pengsan disebabkan rasa ketakutan yang teramat sangat kepada Allah SWT. Apabila beliau sedar dari pengsannya, dia berkata “Sila ulangi pembacaan ayat tadi”

Soleh mengulangi bacannya dan apabila sampai kepada “Debu yang berterbangan”, sekali lagi Abu Jahir berteriak sehingga rebah di tempat sujud dan wafat ketika itu juga.

Soleh dan teman-teman Wali Allah nya sangat terharu menyaksikan kewafatan Abu Jahir yang mengkagumkan itu. Beliau wafat dalam keadaan amat ketakutan mendengar Kalam Ilahi. Tidak lama kemudian, isteri Abu Jahir muncul.

“Siapakah kalian ini?” tanya isteri Abu Jahir.

“Kami datang dari Basrah. Yang ini Malik bin Dinar, Hubaib Al-Ajami, Muhammad bin Wasi’, Thabit Al-Bannani dan saya adalah Soleh Al-Mari” jawab Soleh mewakili para aulia sahabatnya itu.

Tiba-tiba perempuan itu berkata “Innaa lillaahiwainnaa ilaihi raajiúun...kalau begitu Abu Jahir telah wafat”

Soleh dan rakan-rakan wali Allah nya merasa hairan terhadap perempuan itu, kerana dia telah memastikan kematian suaminya, padahal dia belum menyaksikannya dan mereka juga belum memberitahunya apa yang telah terjadi.

“Dari mana puan tahu bahawa Abu Jahir telah wafat?” tanya mereka kehairanan.

“Saya telah banyak kali mendengar doanya di mana beliau sering mengucapkan “Ya Allah, kumpulkanlah para Aulia-Mu pada saat ajalku” dan perempuan itu menyambung “Jadi, tidaklah kamu berkumpul di sini sekarang ini melainkan Abu Jahir telah wafat”

Rupa-rupanya doa Abu Jahir telah dimakbulkan Allah SWT.

Maka para Aulia itu pun menguruskan mayatnya dari memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan sehinggalah menguburkan.

Maha Suci Allah, yang telah mewafatkan hambaNya yang mulia dan diuruskan oleh tangan-tangan yang mulia pula. Semoga kita dikumpulkan oleh Allah SWT dalam golongan orang yang baik-baik dan mati syahid..Amin Ya Rabbal Aa’lamiin.

Wallahu-a’lam bissawwab....

Sumbangan : Webmaster, Petikan/Rumusan Kembali dari :
‘Kisah Wali-Wali Allah’

Karangan Syaikul Imam Abdullah bin Asad Ali bin Sulaiman bin Fallah Al-Yafii, AlYamany Asy-Shafii

MAJLIS WALI-WALI ALLAH

MAJLIS WALI-WALI ALLAH
Posted by ABJAD MALAYSIA on January 18, 2010 at 2:51am
Send Message View ABJAD MALAYSIA's blog
(Pengalaman Sahl bin Abdullah)

Sahl bin Abdullah berkata bahawa pergaulan wali Allah dengan orang ramai itu adalah merupakan suatu kehinaan baginya, dan bila dia menyendiri dalam mengabdikan dirinya kepada Allah SWT adalah merupakan suatu kemuliaan dan penghormatan. Justeru itu, jarang kita melihat para wali Allah melainkan dia mengasingkan diri daripada pergaulan orang ramai.

Diceritakan bahawa ada seorang soleh yang tinggi maqamnya di sisi Allah SWT sentiasa mengelak dari bercampur-baur dengan orang ramai. Dia selalunya dilihat menyendiri dengan pekerjaannya sendiri yang tidak mengganggu orang lain. Orang soleh itu sentiasa berhijrah dari satu tempat ke satu tempat yang lain untuk mengelakkan percampuran dengan orang ramai dan tidak banyak manusia yang mengenalinya.

Dalam pengembaraannya, akhirnya beliau sampai ke Kota Makkatul-Mukarramah. Di kota suci ini, beliau merasa begitu tenang dan damai sehinggalah bertahun lamanya serta dilihat seolah-olah tidak begitu berminat untuk kembali ke kampung halamannya. Silih berganti orang yang mengenalinya datang ke Makkah, beliau tetap tinggal di kota suci berkenaan.

“Engkau sudah lama betul tinggal di Makkah.” kata Sahl kepada orang soleh berkenaan pada suatu hari.

“Bagaimana aku tidak tinggal lama di Makkah, sedangkan aku tidak menjumpai sebarang negeri yang lebih baik daripadanya.” Jawab orang soleh itu.

Kemudian dia menceritakan bahawa tidak ada satu kota pun di dunia ini yang paling banyak dituruni rahmat dan berkat selain dari kota Makkah. Di kota ini juga, para malaikat turun naik setiap pagi dan petang tanpa henti. Apabila serombongan mereka naik, datang pula rombongan yang lain, sehingga Ka’bah tidak pernah sepi dari malaikat bertawaf. Orang soleh itu juga melihat keajaiban yang besar, yakni para malaikat yang bertawaf di sekeliling Ka’bah dalam berbagai rupa tiada putus-putusnya.

“Tetapi sekiranya aku ceritakan apa yang ku saksikan ini kepada orang yang cetek akalnya, tentu mereka tidak akan percaya.” Kata orang soleh itu.

Dia berkata demikian kerana khuatir Sahl tidak mempercayai suatu perkara yang luar biasa pernah disaksikannya dan jarang dapat dilihat oleh orang awam kecuali diizinkan Allah SWT menerusi kasyaf.

“Tidak, demi Allah. Aku harap engkau ceritakan apa yang telah engkau lihat kepadaku” pinta Sahl.

Orang soleh itu pun menceritakan bahawa kesemua wali Allah dari seluruh dunia yang sah kewaliannya, hadir di Kota Suci Makkah khususnya di sekitar Ka’bah setiap malam Jumaat. Mereka datang tepat pada waktunya dan tidak ada yang terlambat, dan berhimpun di sekitar Ka’bah dalam kumpulan yang besar.

Oleh kerana itulah, orang soleh itu tetap seronok tinggal di Makkah kerana ingin bertemu dengan para wali Allah. Katanya, dia pernah bertemu dengan seorang wali bernama Alqasim Aljaili yang datang ke Makkah sedang di tangannya masih terdapat sisa-sisa makanan yang belum dibasuh.

“Rupanya engkau baru sahaja selesai makan.” kata orang soleh berkenaan.

“Astaghfirullah, tidak. Aku sudah seminggu lamanya tidak makan.”

“Tapi tanganmu itu penuh dengan sisa-sisa makanan, kenapa?”

“Oh! Ini...Sebetulnya aku baru sahaja selesai menyuap ibuku, lalu aku terus pergi dengan cepat kerana khuatir tertinggal solat jemaah Subuh” jawab Alqasim.

Demikianlah keadaan wali Allah. Mereka dapat pergi ke mana-mana tujuan dalam waktu yang singkat. Jarak antara Ka’bah dengan tempat asal wali berkenaan adalah kira-kira 900 farsakh (7200 km) Dapatkah akal kita memikirkan perkara berkenaan? Namun, dengan kuasa Allah SWT, Dia dapat membawa waliNya ke mana sahaja dalam masa sekelip mata.

Di antara keajaiban-keajaiban lain yang dilihat oleh orang yang diberikan kurniaan kasyaf oleh Allah SWT ketika berada di Makkah, antaranya :-

a. Sebahagian orang melihat terdapat ramai malaikat, para Rasul/Anbia dan Aulia di sekitar Ka’bah terutamanya pada malam Jumaat, Isnin dan Khamis. Disebutkan juga bahawa setiap jemaah itu menempati tempatnya masing-masing yang telah ditentukan di sekitar Ka’bah. Setiap para Rasul/Anbia duduk bersama umat masing-masing, ahli bait/kaum kerabat/keluarga serta para sahabat. Baginda Nabi Muhammad Rasulullah SAW sendiri dilihat duduk sambil dikelilingi oleh para Aulia yang tersangat banyak jumlahnya. Sedangkan para Rasul/Anbia lainnya tidak ada yang dikelilingi oleh umat seramai itu.

b. Disebutkan pula bahawa Nabi Allah Ibrahim a.s. dikerumuni oleh cucunda-cucundanya. Mereka berkumpul di pintu Ka’bah berhampiran makam Ibrahim. Nabi Musa a.s. dan jemaah para Nabi lainnya duduk di antara dua Rukun Yamani. Nabi Isa a.s. bersama pengikutnya duduk dekat Hijir. Jemaah para malaikat duduk dekat Hajatul Aswad.

c. Ada pula yang melihat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah SAW memakai mahkota. Disebutkan pula bahawa Nabi Ibrahim dan Nabi Isa alaihimussolaatuwassalaam adalah para Nabi yang paling menyintai umat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah SAW serta paling gembira akan keutamaan Baginda SAW.

Wallahu-a’lam bissawwab....

Sumbangan : Webmaster, Petikan/Rumusan Kembali dari :
‘Kisah Wali-Wali Allah’

Karangan Syaikul Imam Abdullah bin Asad Ali bin Sulaiman bin Fallah Al-Yafii, AlYamany Asy-Shafii

Ilmiah Sumber

shahadatain
---------------
--------------

Sebelum kita mengajak manusia kembali kepada shahadatain, kita perlu mengetahui terlebih dahulu

a) Fardhu, Kesempurnaan, Rukun, Sah, Batal
b) Iman, Islam dan Ihsan

Dan selepas kita benar-benar berjaya memahaminya sekadar kemampuan terbaik (lepas ditalkinkan) - barulah kita boleh memulakan gerakan untuk menyebarkan Shahadatain. Ini adalah langkah sulong - banyak lagi langkah lain yang perlu diikuti.

InsyaAllah Pok Nik yang dhaif ini akan cuba menyambung topik ini.
--------------------------------------------
Di zaman ini, bukanlah satu perkara yang mudah untuk menceritakan mengenai Rukun Pertama ini kerana terlalu ramai manusia yang beranggapan, jika dia lahir dalam Islam maka Islamlah dia. Walhal telah ramai orang yang tahu bahawa Islam ini bukanlah bersifat dari 'baka' dan 'keturunan'

Islam bukan diwariskan kepada anak tetapi Islam diwariskan kepada umat.

Islam bukanlah seperti naiknya putera raja-raja menggantikan ayahandanya.

Anakanda kepada Sultan Aulia Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani pun pernah gagal dalam menyampaikan syarah di mimbar apabila dia beranggapan bahawa dia adalah anak seorang wali Allah yang besar dan sudah pasti dia akan dapat menyampaikan syarah sebaik ayahandanya.

Kerja Dakwah
-------------
-------------

Untuk menjalankan kerja-kerja dakwah, adalah sebaiknya kita mempelajari Islam secara mendalam. Namun, tidak mungkin kita akan dapat mempelajari kesemua bab - jadi kita buat apa yang termampu dan sekiranya terdapat mereka yang lebih berilmu - mintalah panduan dari mereka. (Pok Nik sendiri pun masih lemah dalam bab feqah, munakahat, jinayat dll - masih bertanyakan mereka yang lebih arif) Namun perlu diingatkan bahawa kita disarankan juga oleh Imam Ghazali Rahimahullah agar mempelajari apa yang kita praktikkan atau bakal dipraktikkan - contohnya, kita digalakkan belajar mengenai Rukun Haji apabila tiba masanya/hampir ketikanya untuk kita menunaikan Fardhu Haji. Bukan tak boleh atau salah untuk belajar sekarang - cuma dikhuatiri kita akan lupa kerana tidak ada tindakan susulan selepas itu.

Kenapa perlu mempelajari secara mendalam/sebaik mungkin? - bukannya apa - kalau setakat berdakwah kepada sesama Muslim di Malaysia, itu tidaklah menjadi masalah yang besar, tetapi bagaimana pula kalau kita berdakwah dengan bukan Islam (atau Muslim) yang mungkin tidak tahu berbahasa Malaysia? Kerana itulah, kita disarankan oleh Rasulullah S.A.W. mempelajari banyak bahasa. Di samping itu, kita perlu mengenal dan menghormati budaya, adat resam orang lain dll selagi tidak bertentangan dengan syariat. (Ibaratnya kita berjalan sambil tunduk di hadapan orang yang lebih tua yang sedang duduk - ini adalah budaya orang Melayu yang tidak ada dalam Sunnah, namun kerana niat kita untuk menghormati orang tua, maka kita diberikan pahala)

Mengenai bencana yang akan menimpa - tidaklah ada dalam pengetahuan saya. Cuma yang saya tahu dalam 2 keadaan :

a) berdakwah atau menyebarkan ilmu tanpa mengetahui kebenaran ilmu yang disampaikan (termasuk ajaran sesat)

atau

b) jika kita enggan berdakwah atau menyebarkan ilmu apabila keadaan memerlukan (tidak ada lagi orang yang lebih baik) maka ini merupakan satu dosa yang besar cuma.

Perkara bencana atau rahmat atau cubaan atau dugaan ini sukar untuk kita ramalkan kerana ini adalah dalam rahsiaNya.

Untuk berbicara masalah zindiq, kita perlu juga tahu mengenai pengertian kufur, fasiq, mulhid dan munafiq.

Tetapi untuk kali ini, izinkan saya memberikan definisi mengenai apa itu zindiq.

Zindiq yakni orang-orang yang berpura-pura masuk Islam untuk menghancurkan Islam dari dalam.

Dalam sebuah riwayat, Imam Asy-Syafi'i pernah berkata "Tidak aku tinggalkan kota Baghdad melainkan di sini banyak orang-orang zindiq."

Seseorang Muslim juga kadangkala tanpa disedari boleh terperangkap dalam unsur zindiq. Umpamanya, mempelajari atau berkata-kata mengenai ilmu agama tanpa mengamalkannya atau mengambil (sebahagian) apa yang digemari sahaja dalam ajaran agama tetapi menolak (sebahagian) apa yang tidak disukainya.

Imam Malik رضي الله عنه berkata:

مَنْ تصوف ولم يتفقه فقد تزندق، ومن تفقه ولم يتصوف فقد تفسق، ومن جمع بينهما فقد تحقق

Barangsiapa bertasawuf (berhakikat) dan tiada feqah maka dia zindiq, dan barangsiapa yang berfeqah tiada bertasawuf maka dia fasiq, dan barangsiapa yang menghimpun keduanya maka dia tahqiq. (Kitab sharh ‘ain al-ilm wa zain al-Hilm; Mulla Ali Qari)

Sultanul Auliya’ Shaikh Abdul Qadir al-Jilani رضي الله عنه berkata (Dalam Fathur Rabbani):

كل حقيقة لا تشهد لها الشريعة فهي زندقة. طِرْ إِلى الحق عز وجل بجناحي الكتاب والسنة، ادخل عليه ويدك في يد الرسول صلى الله عليه وسلم

Setiap haqiqat yang tidak disaksikan baginya dengan syariat, maka ia adalah zindiq. Terbanglah kepada al-Haq عز وجل dengan sayap al-Kitab dan as-Sunnah. Masuklah kepadaNya sedangkan tanganmu dalam gengaman tangan Rasulullah صلى الله عليه وسلم .

ترك العبادات المفروضة زندقة. وارتكاب المحظورات معصية، لا تسقط الفرائض عن أحد في حال من الأحوال-الفتح الرباني للشيخ عبد القادر الجيلاني

Meninggalkan ibadat yang fardhu adalah zindiq. Melakukan perkara yang terlarang adalah maksiat. Tidak gugur akan kefardhuan daripada seseorang ketika ia berada di dalam satu hal di antara ahwalnya.

Contohnya :

Dalam hal solat -

Fiqihnya : Berdiri, rukuk, sujud dalam setiap bacaan dan perbuatan dalam shalat
Tauhidnya : Yakin dengan Allah Yang Maha Melihat (ini juga berkaitan dengan Ihsan)
Tasawufnya : Khusyuk, faham setiap bacaan dan rasa tadharuk dengan Allah.

Wallahu'alam


Darjat Iman Tidak Kira Siapa
----------------------------
----------------------------

Iman tidak mengenal tua dan muda - tidak kira samada kamu ahli baru ataupun lama" Ini bermakna, Iman adalah anugerah Allah SWT dan wajib kita pohon. Inilah juga doa yang paling utama Rasulullah SAW. Dan jika Allah SWT ingin memilih seseorang untuk dianugerahi imannya, Dia tidak terikat kepada ilmu, amal, wirid atau doa kita samada banyak atau sedikit. Dia Allah! dan Dia Maha Berkuasa untuk memilih sesiapa sahaja yang disukaiNya. Ini kerana sejarah telah menentukan bahawa orang-orang yang terpilih bukanlah semestinya mereka yang baik akhlaknya (pada peringkat awal) atau mereka yang kaya atau pun miskin. Malah mereka yang beragama lain pun, Allah SWT boleh mengubah hati mereka ke arah Islam dan mungkin menjadi seorang Ahlillah. Jadi, tempoh atau 'seniority' dalam Abjad bukanlah kayu pengukur ilmu atau darjat seseorang.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
--------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------

اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ [96.1] Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,

خَلَقَ الإنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ [96.2] Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.

اقْرَأْ وَرَبُّكَ الأكْرَمُ [96.3] Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,

الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ [96.4] Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam.

عَلَّمَ الإنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ [96.5] Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.

كَلا إِنَّ الإنْسَانَ لَيَطْغَى [96.6] Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas,

أَنْ رَآهُ اسْتَغْنَى [96.7] karena dia melihat dirinya serba cukup.

إِنَّ إِلَى رَبِّكَ الرُّجْعَى [96.8] Sesungguhnya hanya kepada Tuhanmulah kembali (mu).

أَرَأَيْتَ الَّذِي يَنْهَى [96.9] Bagaimana pendapatmu tentang orang yang melarang,

عَبْدًا إِذَا صَلَّى [96.10] seorang hamba ketika dia mengerjakan salat,

أَرَأَيْتَ إِنْ كَانَ عَلَى الْهُدَى [96.11] bagaimana pendapatmu jika orang yang melarang itu berada di atas kebenaran,

أَوْ أَمَرَ بِالتَّقْوَى [96.12] atau dia menyuruh bertakwa (kepada Allah)?

أَرَأَيْتَ إِنْ كَذَّبَ وَتَوَلَّى [96.13] Bagaimana pendapatmu jika orang yang melarang itu mendustakan dan berpaling?

أَلَمْ يَعْلَمْ بِأَنَّ اللَّهَ يَرَى [96.14] Tidakkah dia mengetahui bahwa sesungguhnya Allah melihat segala perbuatannya?

كَلا لَئِنْ لَمْ يَنْتَهِ لَنَسْفَعًا بِالنَّاصِيَةِ [96.15] Ketahuilah, sungguh jika dia tidak berhenti (berbuat demikian) niscaya Kami tarik ubun-ubunnya,

نَاصِيَةٍ كَاذِبَةٍ خَاطِئَةٍ [96.16] (iaitu) ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka.

فَلْيَدْعُ نَادِيَهُ [96.17] Maka biarlah dia memanggil golongannya (untuk menolongnya),

سَنَدْعُ الزَّبَانِيَةَ [96.18] kelak Kami akan memanggil malaikat Zabaniyah,

كَلا لا تُطِعْهُ وَاسْجُدْ وَاقْتَرِبْ [96.19] sekali-kali jangan, janganlah kamu patuh kepadanya; dan sujudlah dan dekatkanlah (dirimu kepada Tuhan)

Kita semua telah maklum betapa teruknya bencana dan dugaan yang menimpa di sekeliling kita sehingga manusia kini sudah menyerah kalah kepada kehidupan dan godaan di sekitarnya. Kekalahan dan godaan ini pula menyebabkan lebih ramai orang berada dalam kepapaan, penderitaan, kesakitan, perceraian dan lain-lain.

Senario ini memberikan pula peluang kepada kejahatan berleluasa sehingga pelbagai jenayah dan maksiat berlaku umpamanya rogol, perzinaan, sumbang mahram, minum arak, makan riba, tikam no. ekor/loteri, membunuh manusia, mencuri, merompak dan lain-lain. Semuanya kini begitu senang dilakukan di mana sesetengahnya berharap sempatlah bertaubat sebelum mati atau bagi yang jahil memegang prinsip 'kubur sendri, sendiri jaga' .

Perbuatan menghina ulama, orang miskin, ibu tunggal, OKU dll atau mencerca/menghina orang yang tidak berdosa telah menjadi satu trend terkini manusia yang mengaku dirinya maju dan berpendidikan. Penghalalan perkara yang haram kini sudah menjadi permainan manusia. Apatah lagi pengharaman perkara yang halal menerusi fahaman-fahaman yang menyeleweng.

Selain itu, mengumpat, berbalahan, bertengkar, bergaduh, bertumbuk, mendatangkan kecederaan, mengugut, buli yang lemah, memfitnah, dengki mendengki, penderaan, kecurangan, dendam dll semakin kuat berlaku tidak mengira sahabat, saudara, jiran tetangga, ahli keluarga, suami/isteri, anak-anak dan lain-lain.

Manusia kini beriman pada satu waktu kepadaNya dan melupakanNya pula pada satu waktu yang lain.

Ada pula beriman semasa kesusahan melanda apabila diduga Allah SWT disebabkan kealpaan semasa kaya. Namun, berkat niat dan nazar untuk membantu sesiapa yang dalam kesusahan, Allah SWT menganugerahi dengan rezeki yang melimpah-ruah - akhirnya niat dan nazar entah ke mana, kemiskinan melanda kembali dan hiduplah golongan manusia ini miskin ilmu dan miskin harta.

Syahadah hanya ucapan bibir - Solat pun kelam kabut - bayar zakat fitrah dengan wang haram, puasa atau tak puasa sama sahaja, kalau nak tunai haji biarlah kaya dahulu.

Segolongan lagi apabila berdoa mengharap agar doa itu yang memberikan bekas dan 'memaksa-maksa' Allah SWT membantuNya, apabila nampak seperti tidak makbul (walaupun baru seminit berdoa) terus menjadi tidak sabar, cepat putus asa, habis orang dimarahinya dan akhirnya dengan sengaja menerjunkan diri mereka dalam kebinasaan.

Ada segolongan pula terus mencari dukun-dukun yang handal untuk mendapatkan wang, pangkat, harta dengan cara yang tidak betul atau lebih teruk lagi menggunakan khidmat ilmu sihir untuk mendapatkan apa yang diingininya.

Apabila berlaku penderitaan pada diri sendiri yang sememangnya zalim, terpancullah kata-kata biadap berikut :

"Ya Allah, kenapalah kau buat aku miskin, aku susah, aku sakit atau hidup kat dunia ini dengan penuh penderitaan?"

Kalau ada nampaknya seperti berbuat kebajikan - ianya dilakukan dengan takbur, riak dan perasaan ingin menunjuk-nunjuk. Ada yang boleh menghukum pula orang lain pemalas kerana tidak menjadi penderma sepertinya. Tidak kurang juga yang boleh menghukum dirinya sendiri telah mendapat tiket ke syurga kerana berbuat kebajikan dengan riak dan takbur. Terlalu ramai pula yang kononnya berbuat kebajikan, tetapi ada niat lain yang tersembunyi.

Al-Qur'an, Hadis, Ijmak dan Kias permainan lidah (kau salah, aku yang betul) malah ada yang menjadikan kalamullah sebagai bahan jualan dan perniagaan hanya berniat untuk menipu dan mendapatkan wang yang sedikit - tergamak pula untuk memberikan anak isteri makan dengan wang berkenaan.

Ilmu pengetahuan tidak mahu dituntut mungkin kerana dirinya cukup. Berhujjah tidak mahu mengalah - mengherdik orang-orang yang sabar tidak mahu menjawab.

Kemunafikan dan kefasikan termasuk menjatuhkan diri dalam penipuan juga menjadi-jadi terutamanya dalam memungkiri janji perniagaan, janji sedekah, janji nak menghadiahkan sejumlah wang pada orang yang mengharap, janji membantu orang lain dll.

Kesihan kepada mangsa penipuan. Duit simpanan habis begitu sahaja, makan minum tidak terjaga, perut kelaparan, anak isteri marah kepada suami/bapa kerana berjanji nak adakan perbelanjaan dan banyak lagi. Semuanya berlaku atas dasar kepercayaan kepada janji manis.

Kesyirikan dan unsur kekafiran kini menjadi buruan manusia!

Manusia kini lebih pentingkan diri sendiri dan menganggap manusia lain yang tidak sepertinya adalah 'manusia yang bodoh'.

"Biar aku senang, buat apa nak bagi orang lain senang?"

Jangankan manusia, binatang/haiwan, pokok rimbun yang tidak berdosa pun dibunuh tanpa rasa prihatin. Alam sekitar dirosakkan dan dimusnahkan. Nafsu syahwat serakah haiwan dipenuhi dan diberikan layanan yang sangat tinggi...iman terus dimusnahkan walaupun dalam keadaan sedar dan waras. Lepas itu pandai pula menyalahkan orang lain - malah Allah SWT pun berani dipersalahkan...alangkah bagusnya manusia sekarang ini.

Tidak payahlah saya berbicara secara lanjut. Cuma saya menyeru pada mereka dan diri saya sendiri yang masih ada sifat-sifat di atas, marilah kembali ke pangkal jalan - masa belum terlewat untuk anda mengubah hidup anda - untuk anda bertaubat - untuk anda mensyukuri nikmatnya tidak kira kecil ataupun besar. Jika kekurangan ilmu, belajarlah. Jika tak kenal guru yang betul, mohonlah kepada Allah petunjuk. Wujudkanlah kasih sayang sesama manusia - belas kesihanlah sesama manusia - wujudkanlah kesabaran dalam diri kita - kuatkanlah usaha kita, yang sudah tu sudahlah - belajarlah dari kesilapan - mari memohon kebajikan dan menolak kejahatan.

Firman Allah SWT :

"Pada hari ini telah aku sempurnakan bagimu agamamu dan telah aku sempurnakan nikmatku atasmu dan Aku telah rela Islam sebagai agama bagimu."

Wassalamu'alaikum wbr.

Khamis, 22 April 2010

MENGENAI ILMU AL-SYATAR

SALINAN PERKATAAN ALMARHUM AYAHANDA TUAN GURU HJ.MAHMUD NASRI OTHMANI MENGENAI ILMU AL-SYATAR DAN CARA MENCAPAI DARJAT WALI
BERTARIKH 17 RABIUL AWAL 1388H


Iaitu Pada Masa Nama Wali Sebelum Nama Nabi, Sebelum Nama Rasul. Kata Rasulullah Maka Ilmu Syatar Yang Diturunkan Pada Hati Aku Ini Mentahkikkan Aku Pada Ilmu Aku Mengenai Hakikat Al Hakikat Al Haqoaq Dan Hakikat Al Asbaq [Hakikat Segala Perkara Yang Maujud Hadith Samaada Ia Baharu Atau Qadim Dan Juga Wujud Hakiki Daripada Masa Azali Hingga Beberapa Masa Yang Panjang Ke Hadapan.

Maka Dikata Ulama Hujatul Muhaqiqin
Bahawasanya Mereka Yang Berkehendakkan Menuntuti Maqam Wali Yang Ali Lagi Azom Disisi Allah Swt Itu Hendaklah Berusaha Melalui Al Syatar Iaitu Ilmu Yang Dicampakkan Atau Yang Dipertaruhkan Kepada Hati Sanubari Tiap-Tiap Mereka Yang Dipilih Khas Oleh Allah Sebagaimana Ia Pertaruhkan Ke Dalam Hati Sanubari Adam Alaihissalam Seperti Mafhum Firmannya

Terakhir Ertinya Allah Telah Mengajar Adam Nama-Nama Tiap-Tiap Benda Itu`. Ilmu Ini Tangga Pertama Bagi Tiap-Tiap Nabi [Puncak Yang Tinggi Bagi Darjat Wali Dan Permulaan Darjat Nabi] Tangga Keenam Bagi Menuntuti Darjat Iman. [Tangga Bagi Manusia Biasa Yang Menuntuti Darjat Iman Yang Kamil Mukamil].

Adapun Tangga Pertama Kedua Dan Ketiga Itu Bagi Nabi Dan Bagi Rasul. [Iman Al Makhda Al Makhda Al Makhda] Iman Jamu Al Jamu Iman Lailatul Mikraj] Tangga Yang Pertama Itu.

[Iman Al Makhda Al Makhda Al Makhda] Darjat Iman Yang Keenam Ialah Tangga Wali Ali Lagi Azom. [As-Sidiquun]

Maka Menuntuti Wali Itu Daripada Tangga Pertama Hingga Keenam Dan Ketujuh Kesempurnaan Bagi Wali Itu Darjat Imannya. Tangga Keenam Pada Bab Iman Dengan Itu Tahkiklah Segala Wali Itu Dengan Ilmu Dan Makrifatnya Akan Haqiqah Al-Haqiqatul Haqaiq Dan Haqiqatul Al Ashya Dengan Sekira-Kiranya Wali Dan Mertabatnya.

Maka Mereka Yang Menuntuti Menjadi Wali Pada Zahir Dan Batin Itu Hendaklah Melazimkan Dengan Babnya Supaya Tiada Mardud [Tiada Rasukan] Tiada Bersusah Payah Dengan Ilmu Dan Amal Yang Banyak Dan Jauh-Jauh.



1. Mengaku Menjadi Murid Syeikh Wali Yang Ali Lagi Azim.

2. Mempernamakan Dirinya Pada Zahir Dan Batin Dengan Nama Syeikhnya Seumpama Oleh Syeikh Abdul Razak [ Syeikh Yusuf] Anak Sulung Bagi Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jailani Dengan Nama Baginya Dengan Cara Demikian Jadilah Dia Menerima Pusaka Wali Agama Islam Diatas Makna Sekeliannya Juzuknya Pada Zahir Dan Batin Daripada Bapanya. Kemudian Dikuburkan Bapanya 3 Hari Iaitu Dia Pergi Pada Hujung Kaki Bapanya Serta Memberi Salam Dan Menuntuti Pusaka Itu Daripada Bapanya.

3. Maka Menjawab Oleh Bapanya, Hendaklah Kamu Berhenti Seberapa Masa Kerana Mengambil Pusaka Wali Agama Islam Daripada Aku. Maka Aku Pohonkan Kepada Allah Mengurniakan Pusaka Wali Agama Islam Itu Kepada Engkau Diatas Makna Sekeliannya Dan Juzuk-Juzuknya Selapis Ke Selapisan Hingga Hari Qiamat. Dan Hendaklah Melazimi Pada Bab Aku Berkhlawat Dengan Menuntuti Pusaka Wali Agama Islam Daripada Aku. Aku Wasiat Akan Dikau Bahawa Hendaklah Engkau Menyampaikan Kepada Tiap-Tiap Mereka Yang Hendak Mengambil Pusaka Wali Agama Islam Daripada Aku Hendaklah Melazimkan Bab Khlawat Pada Bab Aku Mengaku Murid Bagi Aku Hingga Seberapa Banyak Dosa Dan Kesalahan Sekalipun Nescaya Aku Menerima Akan Dia.

Maka Setengah Daripada Adab Melazimkan Pada Bab Aku Hendaklah Berhadap Kiblat Mengucap Dua Kalimah Syahadat Bebrapa Kali Pohon Menerima Iman Islam Ihsan Daripada Allah.

Beralih Ke Pihak Masyrik, Mengucap Syahadat Beberapa Kali, Pohon Menerima Segala Rezeki Rohani Jasmani, Banyak Dan Seberapa Banyak Mudah Dan Seberapa Mudah., Luas Dan Seberapa Luas Daripada Segala Pihak Alam Allah Dengan Tiada Galangan Dan Halangan.

Beralih Semula Ke Pihak Maghrib Mengucap Syahadat Beberapa Kali, Pohonkan Ibu Terima, Bapa Terima, Aku Terima [Syeikh Muhiyydin], Allah Dan Rasul Terima, Kemudian Pohonlah Apa-Apa Hajat Daripada Allah Dengan Berkata Aku Sekira-Kira Pada Pandanganmu Bahawa Aku Pada Pihak Kanan Atau Hadapanmu Di Al Pabatul Arasil Alazim. Rasulullah Dihadapan Aku, Nabi Allah Khidir Dan Mereka Yang Menjadi Murid Bersama-Sama Denganmu Atau Dibelakangmu. Atas Nama Aku Pada Zahir Dan Batin. Kemudian Hilangkan Sekeliannya Itu Pada Ahadiah Allah. Dan Kekalkanlah Diatas Kelakuan Itu Selama-Lamanya Diantara Aku Dan Rasulullah Itu Seperti Mana Antara Mata Putih Dan Mata Hitam. Maka Adab Dengan Murid Sepeti Tersebutlah Boleh Mencapai Darjat Wali Yang Istiqamah Dan Nyata Beberapa Keramat Dan Kelebihan Yang Menyamai Mukjizat Rasulullah S.A.W.

Adapun Menuntuti Wali Dengan Jalan Berusaha Membanyakkan Ibadat Yang Sunat Seperti Sembahyang, Sunat Rawatib Dan Seumpamanya Dan Juag Memperbanyak Serta Menperluaskan Ilmu Fardu Kifayah Itu Walhal Dengan Tidak Melazimkan Bab Tersebut Hanya Ibadat Dan Ilmu Inilah Sahaja Atau Terus Maju Ke Dalam Istiraj Daripada Allah. Dan Mereka Yang Beribadat Sedikit Atau Banyak, Sedikit Ilmu Atau Banyak Ilmu Tetapi Melazimkan Bab Guru Wali Seperti Tersebut Nescaya Dapat Jadi Wali Dengan Kemudahan. Terlindung Daripada Pandangan Awam Dan Ahli-Ahli Ilmu Bersembang Dengan Banyak Ilmu Dan Amal. Dan Menggantikan Guru Yang Wali Itu Pada Menyertakan Alam Allah Sekira-Kira Ketinggian Maqam Walinya Disisi Allah Dengan Limpah Kurnia Daripada Allah Atas Tangan Syeikhnya Yang Wali Itu.
Dan Segala Batang Tengkok Mereka Yang Bersembang Dengan Banyak Beribadat Dan Banyak Ilmu Dan Juga Mereka Yang Lain Itu Dibawah Tumit Syeikhnya Yang Wali Ialah Dibawah Tumitnya. Tidaklah Naik Mertabat Wali Umpama Syeikhnya Atau Umpama Dirinya Nisbah Mereka Dengan Dirinya Atau Dengan Syeikhnya Itu Hanya Khadam Atau Qalam Dengan Tuannya Sahaja. Maka Memadailah Bagi Kami Dan Bagi Kamu Dengan Ini

[ Faedah Panduan Dan Huraian]
Wallah Hu Alam