Isnin, 28 Februari 2011

Mufti Mesir ttg Revolusi

Syeikh 'Ali Jum'ah Adalah Imam Walau Si-Pembenci Benci Sampai Mati Sekalipun..

Syeikh 'Ali Jum'ah adalah manusia biasa yang tidak maksum, namun beliau adalah seorang alim yang jarang ada tolok bandingnya pada masa kini. Mungkin beliau tersilap menjangka dalam dua-tiga perkara, namun ini tidak mengharuskan untuk kita menafikan semua nilai dan sumbangan besar yang dilakukannya dalam medan ilmu, dakwah dan survival ummah.

Kedudukan sebagai mufti adalah satu kedudukan yang amat besar risikonya yang akan dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT di akhirat kelak. Tentunya fatwa atau kenyataan yang akan dikeluarkan mengambilkira pertanyaan Allah SWT di akhirat nanti. Apatah lagi dalam hal-hal yang melibatkan darah.

Jangan cepat mengecam ulama dan membuat perbandingan dengan ulama lain yang sangat berbeza status dan kedudukan. Ada baiknya dalam perkara-perkara yang kita tidak pasti letak-duduk atau hakikat sebenarnya kita diamkan sahaja, walaupun dalil-dalil yang kelam-samar begitu banyak kecuali jika dalil-dalil tersebut menjadi jelas-terang tanpa berselindung lagi. Lebih baik diam dari mengucap kata-kata yang belum tentu betulnya.

Oleh kerana masa terluang amat sedikit, tak dapat saya nak menghurai lebih lanjut. Maka saya bawakan saja di sini tiga entri berkaitan yang dipetik dari blog sahabat-sahabat dengan sedikit editting.

----------------------------------------
1. Dr. Asmadi Mohamed Naim (entri asal)

Sebelum kejatuhan Hosni Mubarak, Mufti Saudi mengkritik dan mengharamkan revolusi di Mesir. Demikian juga, al-Azhar juga mengkritik revolusi tersebut. Sesetengah pihak mungkin menyalahkan Mufti Mesir, Shaykh Ali Jumaah atau ulama-ulama lain yang berpandangan sedemikian atas alasan mereka mendokong Hosni Mubarak. Adakah benar mereka 'mendokong' Hosni Mubarak? Atau mereka melihat suasana yang tidak pasti sekiranya rejim itu jatuh, ditakuti suasana menjadi lebih buruk.

Sesetengah orang beriya mengkritik Shaykh Ali Jumaah sehingga terkeluar dari adab ilmu dan melihat kebiadapan dirinya, tapi 'senyap-sunyi' dari mengulas pandangan Mufti Saudi sebab ada kepentingan yang tidak membolehkan mereka mengkritik pandangan Mufti Arab Saudi ini.

Sememangnya, ulama-ulama ini memberi pandangan dalam skop yang mereka mampu memberi pandangan. Dalam ertikata yang lain, 'diam' mereka bukan bererti mereka bersetuju. Mereka cuba bergerak dalam situasi yang membenarkan mereka bergerak. Orang-orang politik pula yang akan meneruskan peranan secara lebih khusus.

Secara peribadi, saya dapat merasai penderitaan penduduk Mesir dan semoga revolusi tersebut berjaya menjadikan hidup mereka lebih baik di dunia mahupun akhirat.

Wallahu a'lam.

------------------------------
2. Ustaz As-Syazuli (entri asal - maaf ya, nama individu terlibat saya samarkan bagi terbitan blog ini)

Dr *** hati-hatilah ketika mengkritik Ulama'

Dr *** tidak setanding Dr Ali Jum'ah

Saya rasa tersentak apabila ulama' idola pelajar-pelajar Al-Azhar Mufti Mesir dikritik kasar oleh Dr *** di laman beliau. Dr *** sepatutnya menilai terlebih dulu ilmu yang beliau miliki dan mengkaji punca seseorang ulama' mengeluarkan fatwa sebelum melemparkan fitnah dan tuduhan kepada ulama' mujtahid yang kini dilantik menjadi mufti Mesir. Dr *** juga sebelum ini dengan mudah memperlekeh Syeikh Ramadan Al-Buti dengan mengatakan "Al-Buti ulama' kerajaan". Saya nasihatkan Dr *** perlu berhenti "kurang ajar dengan ulama"

Seandainya anda sampai ke Masjid Al-Azhar, boleh dikatakan majoriti-majoriti syeikh-syeikh yang mengajar di sana murid kepada Dr Ali Juma'h. Keilmuan beliau jelas lebih tinggi daripada Dr ***. Saya rasa Dr *** perlu mengetepikan fahaman tauhid yang di pegang oleh beliau dan tidak menjadikan ianya dasar umtuk menghentam ulama'2 yang tak sehaluan dengan beliau.

Sebab Dr Ali Jum'ah suruh rakyat Mesir pulang ke rumah

Pada awal demonstrasi Dr Ali Jum'ah telah diminta untuk mengeluarkan fatwa tentang demonstrasi yang dilakukan oleh rakyat Mesir tetapi beliau enggan menunjukkan sokongan beliau kepada revolusi yang cuba dilakukan oleh rakyat Mesir.

Selepas Husni Mobarak mengumumkan beliau tetap akan mengekalkan jawatannya timbul satu kumpulan demonstrasi pro Husni Mubarak. Kumpulan ini telah bertindak ganas dengan menyerang kumpulan yang menentang Mubarak. Kesannya wujud pertempuran antara kedua-dua kumpulan lantas menyebabkan kematian dan kecederaan. Layari sini.

Ketika itulah Dr. Ali Jum'ah mengeluarkan fatwa supaya peserta-peserta demonstrasi pulang ke rumah bagi mengelakkan pertumpahan darah terus terjadi sesama muslim kerana tidak mahu mereka tergolong dalam golongan ahli neraka sepertimana sabda Nabi SAW: " Pembunuh dan orang yang dibunuh akan masuk ke neraka."

Tuduhan Dr *** amat tidak berasas, beliau tidak melihat situasi di Mesir ketika itu. Tuduhan beliau yang mengatakan Dr Ali Jum'ah hanya berfatwa perkara-perkara furu' dalam feqh dan ilmu kalam perlu dikaji, kerana *** bukanlah anak murid Dr Ali Jum'ah, jauh lagi kalau nak digolongkan orang yang sentiasa berada di samping Mufti Mesir.

Insaflah..

Saya amat berharap Dr *** bertaubat, insaf terhadap kelancangan beliau dan meminta maaf kepada semua ulama' yang telah diperlekeh oleh beliau. Dr Al-Qaradawi yang menjadi tokoh pujaan Dr *** amat beradab ketika bercakap dihadapan Dr Ali Jum'ah dan Dr Ramadan Al-Buti. Saya rasa Dr *** perlu lebih beradab...

5:29 09-02-11
Iskandariah Mesir.

------------------------------------------
3. Ustaz Muhammad Husni Ginting (entri asal)

Menjelaskan sikap Syeikh Azhar dan Mufti Mesir terhadap Demontarsi di Mesir

Banyak dikalangan kita yang tidak menjaga lidah dan hatinya terhadap ulama-ulama Islam yang telah berjuang untuk meninggikan Islam, terlebih lagi pada saat ini, setelah terjadinya revolusi rakyat Mesir yang mengakibatkan Presiden Mesir Muhammad Husni Mubarok meletakkan jabatannya kepada Majlis Petinggi Tentera.

Sebahagian orang menuduh Syeikh Azhar Ahmad Toyyib dan Doktor Ali Jum`ah tidak pro terhadap demontrasi yang dilakukan oleh kumpulan pemuda-pemuda Mesir, mereka menganggap Syeih Ahmad Toyyib dan Syeikh Ali Jum`ah adalah ulama yang jahat dan penjilat pemerintah, mereka tidak mampu untuk bersangka baik terhadap ulama-ulama Islam.

Mereka menganggap bahwa Syeikh Azhar berdiri bersama pemimpin yang zolim, mereka juga bertanya kenapa Azhar tidak berfatwa seperti Syeikh Yusuf Qardhawi tentang bolehnya revolusi, sebelumnya saya akan sebutkan sikap dan fatwa Syeikh Ahmad Toyyib ketika terjadinya demontrasi rakyat Mesir.

1 - Syeikh Ahmad Toyyib memperbolehkan demontrasi dengan syarat aman, dan jauh dari kekerasan, sebab jika ada kekerasan maka akan dapat menimbulkan fitnah kepada umat Islam sendiri.

2 - Ketika terjadi demontrasi dengan kekerasan (tanggal 28 - 1 - 2011) sehingga gedung-gedung pemerintahan di bakar, mobil-mobil polisi di bakar, sehingga jatuh korban dari pihak pendemontrasi dan pihak kepolisian, kedai, toko-toko dan pusat perbelanjaan di rampas, di jarah dan di hancurkan maka turunlah seruan Syeikh Azhar agar para pendemontrasi tidak menggunakan kekerasan, membakar, dan menjarah barang-barang dagangan.

3 - Ketika terjadi bentrokkan diantara Pro Husni Mubarok dan Pro Demontrasi sehingga merenggut jiwa dari kedua belah pihak, maka Syeikh Azhar menghimbau agar pemuda-pemuda datang ke Masyaikhatul Azhar membicarakan jalan keluar yang terbaik untuk ummat sehingga tidak menelan korban jiwa dari kalangan umat Islam, keresahan Azhar sangat terlihat ketika kondisi Mesir menjadi kacau dan tidak aman, jadi menurut Syeikh Azhar jalan yang terbaik adalah duduk bersama berunding mencari jalan penyelesaian.

4 - Ketika banyaknya pendemo yang jatuh menjadi korban maka Syeikh Azhar mengeluarkan pernyatan bahwa orang yang meninggal ketika waktu berdemontrasi adalah gugur secara syahid, sebagaimana yang di jelaskan oleh duta besar Azhar dan juru bicaranya Rifa`ah Thahthawi di surat kabar mingguan Sautul Azhar 15 Rabi`ul Awwal 1432 H.

5 - Syeikh Azhar juga mengutus Doktor Hasan Syafi`i ke Medan Tahrir untuk menyampaikan seluruh perasaan hati Syeikh Azhar, tetapi disebabkan ramainya para pengunjuk rasa sehingga Doktor Hasan Syafi`i tidak mampu masuk ke Medan Tahrir, sehingga beliau turun bergabung dengan para pendemontrasi di kawasan jalan Masbiru (berhampiran dengan pusat televisi dan medan Tahrir -red).

6- Syeikh Azhar juga menegaskan bahwa Azhar berdiri bersama rakyat Mesir dan perubahan.

Di sini juga saya ingin menegaskan bahwa antara Syeikh Qardhawi dan Syeikh Ahmad Toyyib memiliki pandangan yang berbeda didalam menyelesaikan permasalahan yang berlaku di Mesir, dan ini suatu kewajaran bagi ulama Islam yang memiliki keilmuan dan kekuatan untuk berijtihad, kedua-duanya menginginkan maslahah yang baik bagi umat Islam, tetapi jalan pemikiran dan dasar-dasar dalil mereka memiliki perbedaan.

Perbedaan pendapat Syeikh Ahmad Toyyib dengan Syeikh Qardhawi bukan berdasarkan kecintaan terhadap dunia, tetapi berdasarkan mana yang paling terbaik dari antara yang baik dan menjauhkan kemudratan yang lebih besar dari umat Islam khususnya rakyat Mesir.

Di tegaskan oleh jugu bicara Azhar Rifa`ah Thahthawi bahwa Syeikh Azhar telah mengundang Syeikh Yusuf Qardhawi untuk mengadakan berbagai macam kegiatan di Mesir, yang selama ini (sebelum diangkatnya Syeikh Ahmad toyyib menjadi Syeikh Azhar -red) Syeikh Yusuf Qardhawi tidak boleh datang dan mengisi program ilmiyah di Mesir dan Azhar, tetapi Syeikh Ahmad Toyyib membuat perubahan dengan menerima Syeikh Qardhawi menjadi anggota Dewan Pusat Penelitian Islam (Majma` Buhuts Islami - red) dan mengundangnya untuk menghadiri dan menyampaikan kajian ilmiyah di muktamar Ikatan Graduan Azhar, pada tanggal 25 Januari 2011 Syeikh Qardhawi juga hadir dalam jemputan Syeikh Azhar, tetapi pihak keamanan dan kepolisian Mesir ingin menangkap Syeikh Yusuf Qardhawi, dengan lantang Syeikh Ahmad Toyyib berkata kepada kepolisian; " Bila kamu tangkap Syeikh Yusuf Qardhawi maka saya akan meletakkan jawatan dari Syekh al-Azhar".

Beginilah sikap Syeikh al-Azhar terhadap Syeikh Yusuf Qardhawi, beliau sangat menghormati Syeikh Qardhawi.

Ada juga di kalangan ulama yang berpendapat bahwa perubahan itu di tuntut, berunjuk rasa itu perlu tetapi tidak dengan kekerasan, dan tidak boleh memberontak dan keluar dari pemimpin dan menuntutnya turun, tetapi bersabar sebagimana yang telah berlaku dengan ulama salafus solihin. alasan mereka sebagai berikut :

1 - Didalam agama Islam tidak ada ketentuan berapa tahun khalifah dan pemimpin menjabat kedudukkan, tidak di sebutkan didalam al-Qur`an dan al-Hadis tentang masa jabatan, sebab itulah Abu Bakar, Umar, Usman, Ali dan Mu`awiyyah menjabat kedudukkan khalifah sampai hayat mereka, dan hal ini telah berjalan terus sampai masa ke khalifahan Usmaniyah, bagaimana jika kita membuat kembali kekhalifahan Islam, apakah khalifah sepanjang umur atau di tentukan waktunya, cobalah cari dalil qur`an dan sunnah tentang penetapan batas waktu jabatan pemimpin.
Lagi pula Mubarok telah menegaskan bahwa dia tidak akan mengikuti pemilihan umum lagi, dan masa jabatannya akan berakhir pada bulan september tahun 2011 ini, dengan begitu perlu bersabar sampai bulan september sehingga tidak menelan korban jiwa yang banyak.

2 - Kezoliman Mubarok bukan berarti membolehkan kita untuk keluar dari kekuasaannya, sebab Rasul telah melarang hal yang demikian.
عن النبي صلى الله عليه وسلم ، قال : " من كره من أميره شيئا فليصبر ، فإنه من خرج من السلطان شبرا مات ميتة جاهلية
Artinya : "Barang siapa yang benci terhadap pemimpinnya maka hendaklah bersabar, maka sesungguhnya orang yang keluar dari pemimpinnya walaupun satu jengkal maka dia mati seperti orang jahilyyah". HR Bukhari. 6665.

3 - Hadis Rasulullah s.a.w :
عن الزبير بن عدي ، قال : أتينا أنس بن مالك
فشكونا إليه ما نلقى من الحجاج ، فقال : " اصبروا ، فإنه لا يأتي عليكم زمان إلا الذي بعده شر منه ، حتى تلقوا ربكم " سمعته من نبيكم صلى الله عليه وسلم
Artinya : Berkata Zubair : Kami mendatangi Anas bin Malik, maka kami mengadu kepadanya dari kezoliman Hajaj yang menimpa kami. Maka berkata Anas : Sabarlah kamu semuanya, karena tidak akan datang masa kepada kamu kecuali yang setelahnya itu lebih buruk lagi darinya, sehingga kamu berjumpa tuhanmu. Aku telah mendengar hal ini dari Nabi kamu s.a.w. HR. Bukhari no: 6675.


4 - Hadis Rasulullah s.a.w.:

سأل سلمة بن يزيد الجعفي رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال : يا نبي الله أريت إن قامت علينا أمراء يسألونا حقهم ويمنعون حقنا فما تأمرنا ؟ فأعرض عنه، ثم سأله فأعرض عنه، ثم سأله ثانية أو ثالثة، فجذبه الأشعث بن قيس ، وقال " اسمعوا وأطعوا فإنما عليهم ما حملوا وعليكم ما حملتم

Artinya : Salamah bin Yazid bertanya kepda Rasulullah s.a.w. beliau berkata : Wahai Nabi Allah ! Bagaimana pendapatmu jika yang memimpin kami meminta hak mereka kepada kami (keta`atan ), dan tidak memberikan kepada kami hak-hak kami. Apa yang kamu suruh untuk kami perbuat? Maka Rasul berpaling darinya, kemudian dia (Salamah-red) bertanya pula, Rasulpun berpaling darinya, kemudian dia bertanya pula kali yang kedua atau yang ketiga, maka al-Asy`ats bin Qais menariknya, bersabda Rasulullah : Dengarkan dan ta`atkan kamulah (pemimpin-pemimpin kamu-red) Sesungguhnya atas mereka tanggung jawab yang mereka bawa, dan diatas pundak kamu tanggung jawab yang kamu pikul. (HR Muslim no 1846).

Cukup tiga hadis ini saja, sebab banyak lagi hadis-hadis yang lain yang melarang untuk keluar dari pemerintah, bahkan di perintahkan untuk bersabar.

Berkata Imam al-Hafizh Abu Ja`far Ahmad bin Muhammad at-Thohawi (w. 321 hijriyah) :

ولا نرى الخروج على أئمتنا وولاة أمورنا إن جاروا
Artinya : Kami tidak berpendapat untuk keluar dari keta`atan terhadap pemimpin-pemimpin kami dan yang memegang perkara kami walaupun mereka itu jahat. (Aqidah Tohawi)

Dari hadis seperti ini lah para shabat dan tabi`in bersabar dari kezoliman Hajaj as-Saqafi yang telah banyak membunuh dari para sahabat Rasul dan Tabi`in.

Demikian juga Imam Ahmad bin Hanbal dan para ulama-ulama besar yang di siksa (didalam permasalahan al-Qur`an itu makhluk atau qadim), mereka bersabar dengan pendapat mereka, tetapi mereka tidak mengajak umat untuk membrontak kekhalifahan Abbasiyyah dan tidak mengajak umat menjatuhkan khalifah.

Ini adalah sikap ulama-ulama salaf, kita tidak boleh kata mereka bodoh kerena tidak berusaha untuk mengobah keadaanm tetapi mereka sudah menasehati, jadi tindakkan terakhir bersabar atas kezoliman.

Sebenarnya masih banyak lagi alasan ulama-ulama yang tidak membenarkan menjatuhkan pemimpin tanpa keputusan undang-undang tetapi kami padakan saja dalil mereka.

Kesimpulannya :

1 - Janganlah kita mudah berburuk sangka dan menghina apa yang telah di sampaikan oleh ulama-ulama kita, cobalah mengambil segi baiknya, sebab mereka berpendapat seperti itu karena memiliki alasan yang tertentu dan berdalilkan syari`at.

2 - Perjuangan rakyat Mesir belum habis, memerlukan kegigihan dan kesabaran untuk mencapai tujuan, membersihkan Mesir dari raswah, korupsi , dan kejahatan, lihat Tunis sampai sekarang msih dalam keadaan tidak aman, kita juga perlu lihat Indonesia yang pernah berhasil menjatuhkan Suharto karena beliau suka korupsi dan zolim, tetapi setelah revolusi terjadi, Suharto jatuh dari kursinya, korupsi juga masih berjalan, roswah juga masih berlaku, kejahatan juga tidak pernah reda.

3 - Mesir bukan hanya memerlukan revolusi Presiden tetapi juga sangat memerlukan revolusi akhlak, yang mana akhlak pemudanya sekarang benar-benar rusak, ganja, obat-obat terlarang sudah menjadi teman bagi sebahagian pemuda, pencurian, penodongan dan pembunuhan juga banyak berlaku, membuang sampah di jalanan, kencing di sembarang tempat, tidak menjalankan tugas dengan benar dan ssterusnya, jika kita telah berhasil merubah presiden tetapi tak mampu merubah akhlak rakyat maka jangan heran jika akan datang presiden berikutnya yang suka roswah dan korupsi, jangan heran jika kita ingin melaksanakan segala penyiapan surat menyurat mendapat kata-kata: " Bukrah " ( Besok - red ).

Rabu, 23 Februari 2011

Alamat Pondok

Madrasah Misbahul Falah,Pondok Lanai, Kg Bonggol Berangan, Parit Panjang, Kupang, 09210 Baling, Kedah

Ustaz Ahmad b Hj Omar 04-4791701

-------------------

Madrasah as-Sa’adah al-IslamiahPondok Gajah Mati, Kg Gajah Mati, Mukim Padang Pusing, 06700 Pendang, Kedah

Ustaz Hj Wan Mohd Izudin b Hj Wan Ibrahim 04-7593755

-----------------------

Al Marhum Ustaz Wan Saghir Abdullah

12 April 2007
Belasungkawa

Berangkatnya kelmarin ke dunia lain, penyelidik dan penulis sejarah ulama dan tokoh dunia Melayu & Pengasas Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara Malaysia (PENGKAJI), Ustaz Haji Wan Mohd Shaghir Abdullah pasti dirasai oleh kita semua kelak.

Takkan kita dapat memadamkan jasa ustaz dalam memahamkan kita banyak buah fikir Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani seorang ulama tersohor Nusantara yang pengaruhnya dalam penyebaran Islam merentasi batas geografi melintasi Mekah, Beirut, Mesir, dan Turki.

Ustaz Wan Saghir tabah memperkenalkan semula Syeikh Ahmad al-Fathani (antara tokoh awal Nusantara yang menolak kehadiran wahabi di rantau kita) yang telah mengasuh sekian ramai ulama di dunia Melayu seperti Tok Kenali, Tok Khurasan, Tok Selehor, Tok Bermin, Tok Kelaba, Haji Abdullah Fahim dan lain-lain. Kehebatan beliau kelihatan di saat berlakunya pertikaian khilafiah antara Syeikh Yusuf Nabhani dengan Syeikh Muhammad Abduh, Syeikh Ahmad al-Fathani telah dihantar ke Beirut untuk menyelesaikannya. Syeikh Ahmad al-Fathani juga adalah penasihat agama kepada kerajaan Turki Uthmaniyah.

Cintanya gemulah ustaz akan tokoh ulama Nusantara tersebut mendorong beliau mengajar Kitab Unwanul Falah Wa Unfuwanus Shalah dan Bahjatul Mubtadin Wa Farhatul Mujtadin karya Syeikh Ahmad al-Fathani di beberapa masjid di sekitar Lembah Kelang. Kitab ini memenuhi tiga asas ilmu jumhur ulama yang terpenting iaitu aqidah Ahlus Sunnah wal Jamaah yang berimamkan Imam Abu Hasan al-Asy’ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi, dan berdasar fikah Mazhab Syafie dan tasawuf pula berpaksikan Syeikh Junaid al-Baghadadi, dan Imam al-Ghazali (yang kita semua tahu kurang disenangi oleh aliran keras tertentu).

Pengajian yang selalu dianjurkan oleh arwah ustaz adalah tertumpu kepada inti kitab dan tidak menyimpang dari tajuk sambil mengambil pendekatan tidak menyalah dan menuduh satu pihak yang lain dengan sewenang-wenangnya. Menurut ustaz setiap satu mesti berpijak kepada semua disiplin ilmu untuk mencari keadilan dalam ilmu. Tetapi seperti yang kita tahu, memang tak ramai ustaz mahu begitu. Mencari salah dan mengkafirkan jadi lebih mudah mutakhir ini.

Kini ustaz Wan telah pergi, entah siapa yang akan gigih mengganti ustaz untuk menghimpun karya-karya ulama Nusantara, dan ruangan agama akhbar perdana kita pasti sepi. Semoga Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Kewarisan mengambil kira tentang peranan dan sumbangan para ulama silam dalam penyebaran dakwah. Banyak hasil karya ulama dunia Melayu perlu diberi perhatian dalam menjaga dan mempertahankan kewarisan yang berkesinambungan.

Pada saya apa yang paling menyayat hati ialah kerja-kerja dakwah dan penyelidikan serta kajian arwah ustaz amatlah kontang dana dan sering berdepan dengan masalah kewangan. Usaha arwah kurang dibantu syarikat korporat Melayu atau pemerintah sekalipun. Padahal apa yang ustaz lakukan untuk membaja taman ilmu, sedangkan program untuk menyuburkan hedonisme bersungguh-sungguh dipupuk di mana-mana. Usaha ustaz ini amat penting supaya generasi mendatang mengenal tokoh ulama kita yang merupakan haruman untuk seluruh umat Islam.

Penulisan oleh Al-Ustaz Hj. Wan Mohd Shaghir Abdullah tentang Ulama Nusantara dalam ruangan agama pada setiap hari Isnin di akhbar Utusan Malaysia dan Ensiklopedia Nusantara di akhbar Berita Harian telah pun terhenti tetapi usaha arwah tidak harus tersekat, wajarlah Kementerian mengambil perhatian kerana warisan ilmu ulama Melayu inilah yang paling layak dikategorikan sebagai 'kebudayaan, kesenian dan kewarisan'. al-Fatihah.


* Gambar marhum ustaz yang paling kanan
** Jangan lupa menatap karya terakhir ustaz yang sempat dihantar ke Mega, Utusan Malaysia (ruangan agama), siaran 16 April tentang pengasas al-Ahmadiah di Singapura. Klik di sini.

---------------------------------------------
Thursday, April 12Perginya Seorang Tokoh Khamis, 24 Rabi`ul Awwal 1428 bersamaan 12 April 2007, kita kehilangan satu lagi tokoh ilmuwan lagi ahli tarikh ulama Nusantara dan karya-karya mereka. Tuan Guru Haji Wan Mohd Shaghir bin Wan Abdullah rahimahUllah cukup besar jasanya dalam memperkenalkan para ulama kita di Nusantara dan karya-karya mereka. Boleh dikatakan umur beliau telah dihabiskannya untuk tujuan tersebut kerana kesedarannya terhadap khazanah yang terkandung dalam kitab-kitab karya ulama silam kita dan jasa-jasa mereka. Semua ini dibuatnya tanpa memikir ganjaran duniawi buat dirinya, semuanya dilakukan dengan ikhlas dan kerana cintanya kepada para ulama tersebut. Beliau mahu agar khazanah peninggalan ulama tersebut terus dihayati oleh generasi kini dan yang akan datang. Agar masyarakat mengenali kehebatan ulama terdahulu dan sumbangan mereka terhadap umat Nusantara dalam menyebar dan memartabatkan Islam di rantau ini.

Beliau telah mengembara ke berbagai tempat untuk mengkaji, mengumpul maklumat dan bahan. Usaha beliau dalam menggali dan mengumpul khazanah itu bukan mudah. Pada usia 12 tahun lagi, beliau sudah mengembara ke seluruh Asia Tenggara bagi menghimpun khazanah itu. Empat dekad mengembara, pelbagai ranjau dihadapi, kini penat jerih dan kesabarannya boleh dibanggakan. Beliau kini memiliki beratus-ratus manuskrip asli sama ada dalam tulisan Jawi atau Arab. Ada antaranya berusia lebih 500 tahun dan tidak boleh didapati di mana-mana perpustakaan, muzium atau arkib di rantau ini.

Dalam usahanya itu, beliau berjaya menghasilkan lebih kurang 100 judul karya asli yang memaparkan biografi ulama, karya, pemikiran, sejarah perjuangan mereka termasuk membuat analisis terhadap mereka. Selain menulis buku, beliau juga aktif mengadakan seminar, membuat kertaskerja-kertaskerja dan menulis berbagai rencana dan artikel. Tulisan-tulisannya pernah mengisi majalah-majalah seperti Dewan Budaya, Majalah Dakwah, Al-Islam dan Jurnal Dewan Bahasa. Dan sejak beberapa waktu dahulu, Utusan Malaysia setiap Isnin memuatkan tulisan beliau memperkenalkan para ulama kita terdahulu. Dengan ilmu dan bahan yang diperolehnya, Tuan Guru Haji Wan Mohd Shaghir boleh dianggap sebagai pakar rujuk manuskrip klasik Melayu dan ulama Nusantara. Apa tidaknya, beliau menjadi tumpuan mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai alam Melayu. Bahkan, tidak kurang 500 pelajar dan pensyarah dari seluruh dunia yang mendapat khidmatnya untuk membuat thesis dan bahan pengajaran mereka.

Maka sewajarnya, jasa dan pengorbanan yang telah dilakukannya kita kenangkan dalam benak sanubari kita. Pemergiannya kembali ke hadrat Allah s.w.t. merupakan satu kehilangan kepada dunia Islam amnya dan dunia Melayu khasnya. Mudah-mudahan Allah membalasi beliau dengan sebaik-baik balasan dan menempatkan beliau bersama dengan para ulama yang beliau kasihi dan para sholihin. Juga semoga sepeninggalan beliau, tempatnya dijadikan ada penggantinya. Allahumma ....aamiin ...... al-Fatihah.


اقرأوا على موتاكم يس

Pak Cu Him Gajah Mati

Pak Cu Him Gajah Mati


PAK Cu Him, ulamak pondok yang terkenal di Kedah terutama di kalangan generasi ulamak tradisional dan dianggap ulamak paling kanan di Kedah, bahkan di Malaysia selepas Perang Dunia Kedua.

Nama sebenar beliau ialah Wan Ibrahim bin Wan Abdul Qadir bin Wan Mustafa al-Fathani. Selain merupakan adik bongsu kepada ulamak terbilang di Makkah, Pak Da Ail (Wan Ismail bin Wan Abdul Qadir), beliau juga adalah sepupu kepada Sheikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani, guru kepada Tok Kenali yang juga datuk kepada Allahyarham Ustaz Wan Mohd Saghir Abdullah, pengkaji sejarah ulama terkenal itu.

Pak Cu Him dilahirkan di Pondok Bendang Daya, Patani pada 1892. Ayahnya ialah mudir pondok ini yang lebih terkenal dengan nama Tok Bendang Daya. Pak Cu Him mendapat pendidikan agama di Pondok Chegar, Patani kerana ayahnya meninggal ketika beliau berusia tiga tahun. Beliau kemudian belajar di Pondok Bermin dan Pondok Tok Raja Jambu.

Pada 1912, beliau bertolak ke Makkah dan berguru dengan bapa saudaranya, Tok Guru Pak Chik Wan Daud atau Sheikh Wan Daud bin Wan Mustafa. Pak Cu Him menguasai bahasa Arab dengan fasih, termasuk sastera dan syair Arab sehingga berjaya menghasilkan kitab Qawaid Fiqhiyah dalam bentuk syair. Ketika di Makkah, beliau belajar dengan beberapa guru yang masyhur seperti Syeikh Yahaya Patani, Tok Ramli, Syeikh Muhammad ‘Ali Maliki dan Syeikh Muhammad Mukhtar al-Jawi. Beliau berada di Makkah sehingga usia 35 tahun dan berhijrah ke Kedah pada 1924.

Ketika di Kedah, beliau berkahwin dengan Hajah Zainab, anak kepada Tuan Guru Haji Che Dol atau Haji Ismail Che Dol bin Mustafa al-Fathani iaitu adik kepada Tuan Guru Haji Hussein Che Dol, pengasas PAS yang juga guru Pondok Guar Chempedak. Perkahwinan ini berlangsung dalam tahun yang sama dengan tahun kembali dari Makkah. Pasangan ini dikurniakan 11 orang anak termasuk Tuan Guru Haji Wan Abdul Qadir dan Tuan Guru Haji Wan Mustafa yang mewarisi Pondok Gajah Mati. Ini bermakna Pak Cu Him telah berhijrah daripada keluarga ulama Bendang Daya menyertai keluarga ulamak Gajah Mati yang dipimpin mentuanya ketika itu.

Ketika zaman beliau, pondok ini mempunyai lebih 600 pelajar dari seluruh Nusantara, walaupun di sekitar kawasannya ada beberapa pondok seperti Pondok Chegar dan Pondok Haji Ibrahim.

Sebelum mengambil alih Pondok Gajah Mati dari mentuanya, Pak Cu Him sebenarnya telah diterima menyertai ulama Bendang Daya menjadi guru di Masjidil Haram beberapa tahun. Selepas dua tahun di Kedah, beliau diberikan tauliah oleh Sheikhul Islam Kedah, Sheikh Wan Sulaiman Wan Sidiq pada 14 November 1931 untuk membolehkan beliau mengajar di pondok ini.

Selain mengajar, Pak Cu Him juga terlibat aktif dalam aktiviti masyarakat termasuk mengadakan persetiaan dengan beberapa ulama di Mukim Padang Pusing, Kedah untuk mewujudkan perpaduan masyarakat menerusi ‘Jamiatul Ittihadiyah’ atau ‘Perhimpunan yang Bersatu’ pada 1926.

Sebagai seorang ulama besar juga, Pak Cu Him telah menghasilkan beberapa karya antaranya Fathul Jalil wa Syifaul Ghalil yang disiapkan pada 1386 Hijriah. Beliau mempunyai kebolehan mengarang yang baik, tetapi bahasanya terlalu tinggi dan bersastera sehingga orang awam sukar memahaminya.

Pada 1955, Pak Cu Him telah bertolak ke Makkah dan tinggal di sana selama setahun. Di sanalah beliau berhubungan semula dengan muridnya, Sheikh Abdul Qadir al-Mandili, ulama Mandailing yang mengasaskan PAS Cawangan Makkah pada 1952. Tokoh ini juga telah menulis sebuah buku berjudul �Islam: Agama dan Kedaulatan� pada 1954 yang membincangkan tentang konsep hakimiyah Islam di mana beliau menolak perjuangan Umno yang tidak mahu melaksanakan hukum Islam.

Pak Cu Him mula terlibat secara langsung dengan PAS semenjak 1951 lagi di mana iparnya, Tuan Guru Haji Hussein Che Dol telah terlibat dalam mengasaskan PAS pada tahun tersebut dan dilantik sebagai Naib Yang Dipertua Agung PAS Kawasan Utara. Ekoran kemasukan Pak Cu Him dalam PAS, maka ramai pelajar Melayu di Pondok Gajah Mati menjadi ahli PAS dan ia merupakan pusat gerakan PAS yang awal di kawasan Pendang.

Tetapi tempoh antara 1954 hingga 1955 akan sepi dari pengaruh PAS kerana Tuan Guru Haji Hussein Che Dol yang ketika itu menjadi Exco Kerajaan Negeri Kedah merangkap ADUN Jerai memilih kekal bersama Umno dalam krisis kepemimpinan PAS. Tetapi pada 1955, Tuan Guru Haji Hussein kembali bersama PAS.

Ketika berada di Makkah pada 1955, buku tulisan muridnya, Sheikh Abdul Qadir al-Mandili telah menjadi heboh di Tanah Melayu kerana mempunyai pandangan yang amat keras terhadap sikap Umno yang tidak mahu melaksanakan hukum Islam dan bekerjasama dengan orang bukan Islam.

Dalam perdebatan tentang hukum-hukum yang dibangkitkan oleh Sheikh Abdul Qadir ini, seorang ulama Umno, Sheikh Abdul Rahman Merbuk telah mendakwa beliau mengeluarkan fatwa berdasarkan pandangan Pak Da Ail. Pak Cu Him yang mempertahankan fatwa muridnya berhujah bahawa beliau telah merujuk sendiri kepada abangnya, Pak Da Ail tentang isu tersebut dan ulama Makkah itu juga sependapat dengan beliau.

Pada 1962, Pak Cu Him telah menerbitkan semula buku �Islam: Agama dan Kedaulatan� dengan memasukkan juga polemik beliau dengan Haji Abdul Rahman Merbuk. Oleh kerana ketika itu tercetus isu kafir mengkafir di Kelantan di mana ulama Kelantan juga sependapat dengan Pak Cu Him, maka buku ini kemudian diharamkan oleh kerajaan Perikatan pada 1963.

Setelah lama berjuang dalam membangunkan pendidikan Islam, Pak Cu Him yang tidak terlibat secara langsung dalam organisasi PAS kecuali sebagai ahli Dewan Ulama PAS serta aktif di Kawasan Pendang sahaja, tetapi mempertahankan dasar-dasar parti Islam tersebut telah jatuh sakit pada penghujung 1960-an. Beliau telah melalui tiga kali pembedahan kerana kanser di leher. Beliau kemudian uzur dan tidak dapat lagi aktif menyampaikan ilmu agama. Beberapa bulan kemudian beliau meninggal dunia di pondoknya pada 11 Syawal 1388 bersamaan 11 Januari 1968 dalam usia 75 tahun. Beliau dikebumikan berhampiran kubur Tok Ayah Che Dol, mertuanya. Cucu sepupunya, Ustaz Wan Mohd Saghir juga dikebumikan di perkuburan ini bersebelahan kubur Pak Cu Him. - tajdid _